Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.go.kan]/[so.go/.kan] | سوݢوقن

Definisi : wang rasuah (suap); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.go.kan]/[so.go/.kan] | سوݢوقن

Definisi : wang sogok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sogokan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tuan/Puan Saya Asrin dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), agensi di bawah MITI. Kami ingin mendapatkan pandangan maksud Bribery and Corruption. Adakah kami boleh terjemahkan seperti berikut: Bribery: Suapan Corruption: Rasuah Untuk makluman, kami sedang dalam penyediaan survei BM untuk World Competitiveness Ranking (WCR) oleh IMD. Sekian, terima kasih.

Padanan bagi istilah bribery ialah sogokan dan corruption ialah rasuah. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 2156 memberikan makna wang sogokan atau rasuah bagi entri suapan.

Mengambil kira padanan istilah yang sedia ada dan kekerapan penggunaan, kami mencadangkan padanan istilah bagi Bribery and Corruption ialah Sogokan dan Rasuah.

Penggunaan istilah ini perlulah disesuaikan dengan bidang dan konteks penggunaan dalam ayat.

Istilah03.03.2025

Kembali ke atas