Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.két] | سوکيت

Definisi : (sokét) lubang pd sesuatu bahagian alat atau bahagian tubuh tempat melekat sesuatu: ~ elektrik; ~ mata rongga bertulang yg me­ngandungi biji mata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.két] | سوکيت

Definisi : /sokét/ 1 alat yg diberi berlubang tempat memasukkan plag dsb. 2 kepala sepana yg ruangnya dpt dibesarkan atau dikecilkan utk disesuaikan dgn kepala bol dsb. 3 lubang pd sesuatu bahagian tempat sesuatu melekat; ~ mata rongga bertulang tempat terdapatnya biji mata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata soket


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah kami menyemak dengan tuan/puan sama ada perkataan/teks berikut adalah betul atau tidak? (a) Peranti Penghalau Nyamuk Kendalian Bateri (b) Tiada Soket Dinding Diperlukan (c) Mudah untuk menggantikan isian semula (d) Tahan selama 60 hari tanpa menukar bateri, jika digunakan selama 8 jam setiap hari (e) Teknologi Penghalau Nyamuk Terkini (f) Prestasi yang dipertingkatkan dengan alat kipas yang unik (g) Butang penunjuk LED (h) Port Masuk (*diterjemah dari Bahasa Inggeris “Intake Port”) (i) Tempat Penyebaran (*diterjemah dari Bahasa Inggeris “Diffuser Area”)Berikut merupakan cadangan jawapan untuk pertanyaan Puan. Jawapan ini sama seperti yang telah dilampirkan untuk soalan bertarikh 1 Julai 2024.

Frasa (c), (e), (g), (h) dan (i) betul. Frasa lain yang dibetulkan termasuklah (a) Peranti Penghalau Nyamuk Berbateri (b) Soket Dinding Tidak Diperlukan (d) Tahan selama 60 hari tanpa menukar bateri, jika digunakan selama lapan jam setiap hari, (f) Prestasi yang ditingkatkan dengan alat kipas yang unik. Padanan terjemahan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.
Makna10.07.2024
Fiber Wall Socket (FWS) adalah kata nama khas atau perlu diterjemah kepada bahasa malaysia untuk kegunaan rasmi?Cadangan terjemahan dalam bahasa Melayu untuk Fiber Wall Socket (FWS) ialah Soket Dinding Fiber.Lain-lain29.03.2022

Kembali ke atas