Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.ko.ngan] | سوکوڠن

Definisi : 1. sesuatu yg dijadikan sokong (tiang dll), tunjangan; 2. perbuatan menyata­kan persetujuan dan memberi perangsang dgn atau tanpa bantuan kebendaan, bantuan (wang dll), pertolongan: tidak ada sebuah parti politik yg boleh kekal berkuasa tanpa ~ orang Melayu; ~ moral sokongan yg tidak berupa bantuan kebendaan tetapi yg mem­berikan perangsang (mengukuhkan semangat dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.ko.ngan] | سوکوڠن

Definisi : 1 hasil menyokong. 2 apa-apa yg diberi­kan sbg bantuan; pertolongan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sokong (kata nama)
Bersinonim dengan tiang, sangga, topang, tunjang, galang, junjungan, penjalaran, tumpil;,
Kata Terbitan : menyokong, sokongan, penyokong,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, "memisahkan sokongan keilmuan dengan sokongan peribadi" atau "memisahkan sokongan keilmuan daripada sokongan peribadi"? Jika digunakan sendi nama "dengan" dengan maksud "bersama", adakah frasa ini bermaksud sokongan keilmuan pada asal bersama dengan sokongan peribadi tetapi perlu dipisahkan, jadi dengan makna "bersama" ini sendi nama "dengan" digunakan? Sendi "daripada" tidak dapat digunakan kerana frasa ini tidak menunjukkan bandingan berbeda ataupun maksud sebahagian: "sokongan keilmuan" dan "sokongan peribadi" setaraf, tidak boleh dikatakan bahawa "sokongan peribadi" badan "sokongan keilmuan" dan "sokongan keilmuan" bahagian badan induk "sokongan peribadi", jadi "memisahkan sokongan keilmuan daripada sokongan peribadi" bermaksud memisahkan bahagian "sokongan keilmuan" daripada badan induk "sokongan peribadi" - maksud tidak kena kerana kedua-dua jenis sokongan setaraf! Sila beritahukan pendapat tuan.Kami berpandangan kedua-dua frasa ini "memisahkan sokongan keilmuan daripada sokongan peribadi" dan "memisahkan sokongan keilmuan dengan sokongan peribadi", betul bergantung pada maksud yang hendak disampaikan. Seperti yang tuan maklumi kedua-dua kata sendi nama daripada dan dengan mempunyai fungsi yang berbeza, maka penggunaan kedua-dua perkataan tersebut hendaklah disesuaikan dengan konteks penggunaannya.Tatabahasa15.12.2016
1. Memberikan sokongan / memberi sokongan? 2. Memberikan ucapan / memberi ucapan? Apakah perbezaan antara memberi dan memberikan? terima kasihJawapan:
1. Jawapan yang betul ialah "memberikan sokongan" dan "memberikan jawapan".
2. Perkataan "memberi" digunakan hanya untuk sesuatu yang bernyawa, contohnya orang. Manakala perkataan "memberikan" digunakan untuk objek yang tidak bernyawa. Contoh ayat lain: 1. memberikan nasihat 2. memberikan hadiah 3. memberi budak itu...
Tatabahasa14.07.2014
Saya agak keliru berkenaan penggunaan perkataan staf atau kakitangan. Adakah lebih elok menggunakan perkataan kakitangan berbanding staf? Contohnya staf sokongan vs kakitangan sokongan. Kerana dari laman web dbp sendiri masih menggunakan istilah staf atau staf sokongan berbanding istilah kakitangan dan kakitangan sokongan. Mohon diberi penjelasan.Kamus Dewan menakrifkan staf ialah kumpulan orang yang bekerja di tempat yang sama (di bawah ketua yang sama) atau kakitangan; manakala kakitangan pula ialah pekerja atau pembantu di sesebuah pejabat dan sebagainya. Berdasarkan makna yang tersebut perkataan staf melibatkan pelbagai  jawatan dalam kumpulan kerja yang sama. Kakitangan pula dikaitkan dengan jawatan yang lebih rendah atau pembantu di sesebuah pejabat. Walau bagaimanapun takrif ini tidak selamanya tepat kerana sering kita mendengar ungkapan kakitangan kerajaan (pelbagai jenis jawatan wujud di dalamnya). Oleh itu, penggunaan kata staf dan kakitangan ini boleh digunakan mengikut konteks ayat yang digunakan.Tatabahasa28.03.2011
1. Cikgu Chan telah banyak memberi sokongan kepada saya. 2. Cikgu Chan banyak memberi sokongan kepada saya. 3. Cikgu Chan memberi banyak sokongan kepada saya. Manakah yang betul?Ketiga-tiga ayat tersebut betul.Tatabahasa06.04.2020
Assalamualaikum wr wt Saya ingin bertanya mengenai satu variable dalam kajian saya iaitu "Family supportive supervisor behaviour? Adakah ia merupakan “penyelia sokongan terhadap keluarga” atau “sokongan penyelia terhadap keluarga”. Family-supportive supervisor behavior = atau ia sepatutnya diterjemah sebagai “tingkah laku penyelia yang menyokong keluarga:? Supervisor saya meminta saya mendapatkan khidmat nasihat DBP. Terima kasihKami mencadangkan “tingkah laku penyelia sokongan keluarga” sebagai pemboleh ubah (variable) bagi padanan “family supportive supervisor behaviour”.Penyemakan dan penterjemahan17.06.2020
Yang ketiga, sokongan masyarakat umum "terhadap" aktiviti kebahasaan juga banyak membantu usaha pengembangannya. adakah terhadap merupakan kata kerja?? terhadap dalam ayat di atas merupakan Kata kerja tak transitif berpelengkap ?Perkataan terdiri ialah kata kerja tak transitif berpelengkap.Tatabahasa24.03.2012
supportersokonganLain-lain16.02.2009
"Terima kasih di atas sokongan anda" ini adalah contoh ayat.soalan saya adakah perkataan "di" perlu dibuang.Kenapa?"Terima kasih di atas sokongan anda" - dalam contoh ayat ini kata di perlu dibuang kerana di ialah kata sendi nama yang menunjukkan tempat atau arah, oleh itu yang betul ialah "Terima kasih atas sokongan anda".  Tatabahasa24.02.2009
Selamat pagi. Saya ingin bertanya kepada DBP tentang maksud bagi frasa nama khas ' Teras Insaniah' dan 'Teras Sokongan' dalam ayat 'Penyelesaian masalah sosial akan dapat diusahakan dengan membangunkan Teras Insaniah sebagai faktor dalaman dan Teras Sokongan sebagai faktor luaran.' Adakah Teras Insaniah yang dimaksudkan ialah sejenis kursus yang berkaitan dengan kemanusiaan dan juga Teras Sokongan ialah kursus kemahiran seperti kemahiran dalam bidang yang tertentu. Terima Kasih.Seperti yang dinyatakan sebelum ini, data kami memberikan maksud perkataan demi perkataan, bukan frasa. Teras dikiaskan kepada sesuatu yang terpenting, insaniah bersifat kemanusiaan dan sokongan ialah tunjangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk kamus atau laman web kami www.prpm.dbp.gov.my.Makna04.12.2014
sama ada penggunaan perkataan idi bawah betul atau sebaliknya : menggembelengkan sokonganKamus Dewan Edisi Empat memberi makna menggembleng sebagai menyatukan atau memadukan (tenaga, modal, dan lain-lain) untuk melakukan (meng­hasilkan, memperteguh) sesuatu: penduduk kampung itu menggembleng tenaga untuk membina jambatan itu; bank mempunyai peranan penting bagi menggembleng modal dalam negeri untuk membiayai perusahaan.

Perkataan gembleng kurang sesuai digunakan untuk sokongan. Perkataan yang lebih sesuai ialah mendapat sokongan, menguatkan sokongan.
Tatabahasa08.02.2013
12345678910...

Kembali ke atas