Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.lé/] | سوليق

Definisi : (solék) 1. serba elok (pakaian, hiasan, dll); 2. cara menghias diri (dlm berbagai-bagai erti): ~nya sederhana sekali; maka dikenakan ~ helang terbang menyongsong angin; alat ~ segala yg digunakan utk menghias diri (bedak, gincu, celak, dll); bersolek 1. berhias diri (memakai bedak, mengenakan gincu, dll): Aida sedang ~ di dlm biliknya; 2. berhias dgn, menggunakan sesuatu sbg hiasan; menyolekkan mengenakan alat solek pd seseorang: mereka sama-sama mendandan dan ~ model pengantin itu; solekan hasil bersolek atau menyolekkan: gadis itu mengenakan ~ yg nipis saja; persolekan perihal bersolek: sudah ramai wa­nita Melayu yg mendapat ijazah dlm ilmu ~; pesolek (orang yg) suka bersolek: dia ~ benar orangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.lé/] | سوليق

Definisi : /solék/ cara menghias diri: alat ~ alat spt bedak (gincu dll) yg digunakan utk menghias diri. bersolek berhias diri dgn memakai bedak (gincu dll): Kalau ~ pun, janganlah lama-lama sangat. menyolek mengenakan alat solek pd; memekap: ~ pengantin. solekan hasil menyolek: Dia kelihatan menarik dgn ~ yg nipis dan sederhana. persolekan hal bersolek. penyolek orang yg menyolek. pesolek orang yg suka bersolek. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
solek
Kata Terbitan : bersolek,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa khabar tuan/puan? Saya ingin mendapat penjelasan istilah Bahasa Melayu bagi perkataan "illuminating powder" dalam konteks produk alat solek. Sekian, terima kasih.
Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi istilah “illuminating powder”. Walau bagaimanapun, terdapat istilah “talcum powder” yang dipadankan sebagai bedak talkum. Oleh itu, cadangan kami bagi istilah “illuminating powder ” ialah bedak seri.
Istilah20.05.2019

Kembali ke atas