| sila terangkan maksud solidariti | Solidariti bermaksud perpaduan. | Makna | 02.05.2008 |
| Salam sejahtera. Saya ingin bertanya, adakah perkataan solidariti boleh digunakan dalam penulisan kerana baru baru ini saya terdengar perkataan solidariti digunakan dalam Khutbah Jumaat MAIK Siri 06/2025 sedangkan perkataan tersebut tiada dalam Kamus Dewan. Terima kasih. | Salam sejahtera, Kata solidariti sudah banyak bukti penggunaannya dalam korpus dan ada terakam dalam Kamus Dewan Perdana terbitan DBP pada tahun 2020. Kata ini boleh digunakan dalam penulisan.
| Istilah | 12.02.2025 |
| Saya ingin bertanya adakah penggunaan perkataan "Solidariti pasca banjir' di dalam ayat di bawah sesuai atau menepati maknanya. Pada masa inilah rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman dan pegangan telah menunjukkan keutuhan solidariti pasca banjir menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan sokongan moral kepada mangsa-mangsa banjir termasuk pengusaha kraf untuk bangkit semula meneruskan kehidupan. | Pada masa inilah rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman dan pegangan telah menunjukkan keutuhan solidariti, menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan sokongan moral kepada mangsa-mangsa banjir termasuk pengusaha kraf untuk bangkit semula meneruskan kehidupan. Tiada masalah dengan penggunaan perkataan solidariti dalam konteks ayat yang tersebut, hanya gugurkan perkataan pascabanjir. | Tatabahasa | 06.03.2015 |
| Assalamualaikum, sy ingin semakkan perkataan yang betul soladariti atau solidariti | Salam sejahtera, Tiada perkataan solidariti yang terakam di dalam Kamus Dewan setakat ini. Padanan bahasa Melayu bagi "solidarity" ialah perpaduan. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 21.12.2018 |