Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = pesolok, penyolok pemberian atau sumbangan (barang-barang makanan utk orang yg mengadakan majlis perkahwinan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata solok I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Terdapat beberapa jenis laluan kereta seperti jalan, lebuh, persiaran, lorong, lebuh raya, cangkat, liku, laluan, dsb. Apakah perbezaannya, dan bilakah masa yang sesuai untuk digunakan, kerana saya lihat beberapa percanggahan dalam penggunaannya di Malaysia. Ada juga beberapa istilah yang saya jumpa sekitar Pulau Pinang seperti gat, lengkok, solok, dan lintang, namun saya tak dapat jumpa takrifannya yang berkenaan di dalam KDP. Dan apakah terjemahan masing-masing dalam bahasa Inggeris? Terima kasih.Salam sejahtera,

Jalan, lebuh raya, lorong, cangkat, laluan dan sebagainya itu mempunyai beberapa perbezaan terutamanya daripada segi saiz, kedudukan, struktur dan fungsi. Sebagai contoh, lebuh raya merujuk kepada jalan yang lebih besar, mempunyai struktur yang lebih canggih, biasanya terdiri daripada lebih daripada satu lorong dan direka untuk membolehkan perjalanan yang lebih jauh, manakala lorong pula ialah jalan atau laluan kecil yang biasanya terdapat di antara rumah-rumah, bangunan-bangunan dan sebagainya. 

Kata gat, lengkok, solok dan lintang didapati ada digunakan dalam penamaan sesetengah nama jalan. Pemberian nama jalan tersebut berkemungkinan mempunyai kaitan dengan bentuk dan kedudukan jalan tersebut. Kajian lanjut perlu dilakukan untuk menentukan kesahihannya.
Makna28.11.2025

Kembali ke atas