Berikut adalah beberapa soalan berdasarkan konteks IT: 1) Apakah istilah BM yang sesua untuk "solution aggregator" (seperti Microsoft Solution Aggregato)? Patutkah saya guna penggabung penyelesaian, agregator penyelesaian, atau ??? 2) Apakah istilah yang sesuai untuk Edge Computing dan Enterprise Computing? Betulkah kalau saya guna Pengkomputeran Pinggiran dan Pengkomputeran Perusahaan? Adakah istilah yang lebih tepat? 3) Apa pula istilah BM untuk "edge-to-enterprise solution"? Ayat lengkap: We are now better abled to deliver edge-to-enterprise solutions that drive digital transformation across every industry. 4) Dalam contoh ayat BI di atas, adakah betul terjemahan "across every industry" = "di setiap industri"? 5) Betulkah kalau saya terjemahkan "billions of connected things" (dalam konteks Microsoft Internet of Things) sebagai "berbilion benda-benda yang berhubung"? 6) Apakah istilah BM yang sesuai untuk feedback loops, seperti dlm contoh ayat "Microsot IoT systems of intelligence enables these feedback loops". Betulkah kalau saya terjemahkan seperti berikut: "Sistem kepintaran Microsoft IoT membolehkan gelung maklum balas ini terbentuk." 7) Dalam contoh ayat di atas, adakah perkataan gelung atau kitaran lebih sesuai? Terima kasih! | 1) Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk bagi istilah yang diberikan. Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah: solution aggregator - penggabungan penyelesaian Edge Computing - pengkomputeran pinggir Enterprise Computing - pengkomputeran perusahaan. edge-to-enterprise solution - Penyelesaian Perusahaan Pinggir across every industry - Melangkaui setiap Industri billions of connected things - Berbilion benda yang berkait feedback loops - gelung maklum balas balas atau gelung suap balik Untuk pertanyaan istilah yang lebih terperinci, tuan/ puan boleh berhubung dengan bahagian Peristilahan. Jawapan kemungkinan mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel. Untuk makluman, DBP tidak membuat kerja-kerja penterjemahan. Untuk soalan terjemahan akan datang saudara boleh bertanya kepada Persatuan Penterjemah Malaysia (03-21442506/21424381) atau kepada ITBM, iaitu Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, (03-41451800)
| Makna | 23.10.2017 |
Saya ingin menyemak nama jawatan "Solution Architect" di dalam Bahasa Melayu. Terima kasih. | Tidak ada maklumat tentang jawatan Solution Architect dalam pangkalan data kami. Apakah perbezaannya jawatan Solution Architect dengan Arkitek? Harap tuan dapat memberikan maklumat jawatan tersebut kepada pihak kami. | Istilah | 12.07.2012 |
NH IMAN SOLUTION PLT NAMA SYARIKAT | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal Khidmat Pengesahan Bahasa DBP, bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. Visual yang dihantar dalam bentuk jpeg atau gif. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.05.2017 |
Through welding solution | Penyelesaian kimpalan menyeluruh | Lain-lain | 04.03.2008 |
Mohon jasa baik tuan/puan untuk menterjemahkan penyataan tersebut ke bahasa Melayu. Terima kasih. "Manufacturing Engineering Sealing Solution" | Tiada maklumat berkaitan frasa "Manufacturing Engineering Sealing Solution" dalam data DBP. Mohon tuan dapat memberikan konteks penggunaan atau ayat bagi frasa ini bagi membolehkan kami memberikan cadangan padanannya. | Istilah | 15.10.2014 |
Salam, Saya ingin pengesahan berkenaan dengan istilah yang betul untuk 'digital-enabled solution'. Mengikut Google translate, adalah 'penyelesaian mendayakan digital'. Pohon kepastian berkenaan istilah tersebut. Sekian, terima kasih. | Pihak DBP mencadangkan terjemahan bagi perkataan digital-enabled solution ialah penyelesaian menggunakan digital. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.10.2017 |
Boleh saya dapat terjemahan untuk perkataan-perkataan berikut: 1. Normalized the data 2. Microscope field 3. Armophous head 4. Quinoneimine 5. Catalyse 6. Lyophilized 7. Solid phase two-site enzyme immunoassay 8. Stop solution 9. Plat sealer 10. Plate shaker 11. Washing buffer solution 12. Enzyme Conjugates 13. Peroxidase-conjugated anti-insulin antibodies 14. 96-well microtiter plate 15. Tris base 16. Low melting agar 17. Normal melting agar 18. Gavage needle 19. Pouch and seal ziploc 20. Butylated hydroxytoluene 21. Calibrator for kit | 1. normalized the data - penormalan data atau menormalkan data 2. microscope field - medan mikroskop 3. amorphous head - kepala amorf 4. quinone imine - kuinon imina 5. catalyse - istilah yang dicadangkan ialah memangkinkan (istilah yang ada ialah catalysed - termangkin, catalyst - mangkin) 6. lyophilized - istilah yang dicadangkan ialah meliofilkan atau terliofil (istilah yang ada ialah lyophil - liofil, lyophilization - liofilisasi) 7. solid phase two-site enzyme immunoassay - terjemahan yang dicadangkan ialah imunocerakin enzim dua tapak fasa pepejal 8. stop solution - larutan henti 9. plat sealer - pemateri plat atau pengedap plat 10. plate shaker - penggoncang plat 11. washing buffer solution - larutan penimbal basuh 12. enzyme conjugates - konjugat enzim 13. peroxidase-conjugated anti-insulin antibodies - terjemahan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah antibodi antiinsulin berkonjugat peroksidase 14. 96-well microtiter plate - plat mikrotiter 96 telaga 15. tris base - bes tris 16. low melting agar - agar-agar lebur rendah 17. normal melting agar - agar-agar lebur normal/agar-agar lebur biasa 18. gavage needle - jarum gavaj 19. pouch and seal ziploc - kantung dan kedap ziploc 20. butylated hydroxytoluene - hidroksitoluena dibutilkan 21. calibrator for kit - penentukur untuk kit | Istilah | 07.08.2012 |
Tuan, mohon pencerahan istilah bahasa melayu yang sesuai bagi "OEM Approved Solution" produk yang dirujuk ialah "sealant based", digunakan dalam industri automotive, produk ini mendapat kelulusan pengilang asal | Untuk makluman, tidak terdapat istilah khusus untuk OEM Approved Solution Walau bagaimanapun, padanan dalam bahasa Melayu yang dicadangkan ialah PELARUT LULUS OEM. | Istilah | 23.08.2017 |
Mohon terjemahan Bahasa Malaysia bagi jawatan . --> SOLUTIONS DELIVERY | Tidak ada padanan solution delivery dalam pangkalan data kami. Sila kemukakan konteks penggunaan perkataan tersebut untuk kami mencadangkan terjemahan yang sesuai. | Penyemakan dan penterjemahan | 06.05.2015 |
Tuan, Saya ingin bertanya sama ada terdapat pilihan istilah lain yang boleh digunakan bagi perkataan yang berikut agar dapat memudahkan pemahaman pembaca dalam kalangan orang awam: i. Intralogistic solution (selain intralogistik); ii. Antitrust requirement (selain keperluan antitrust atau antipakat); iii. Ad-hoc publicity (selain publisiti secara ad-hoc). Terima kasih. | Berikut merupakan cadangan istilah bahasa Melayu untuk perkataan seperti yang di atas: 1. Intralogistic solution: Penyelesaian intralogistik 2. Antitrust requirement: Keperluan antipakat 3. Ad-hoc publicity: Publisiti ad hoc Walaubagaimanapun, padanan istilah bergantung pada konteks penggunaan ayat. | Istilah | 28.01.2020 |