Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.né.ta] | سونيتا

Definisi : (sonéta) sj sajak yg terdiri drpd empat belas baris dan tiap-tiap baris pula mengan­dungi sepuluh suku kata dan mempunyai corak irama yg sama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.né.ta] | سونيتا

Definisi : /sonéta/ bentuk puisi yg terdiri drpd empat belas baris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata soneta


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah yang dimaksudkan dengan lirik?

Lirik pada umumnya merupakan segala bentuk puisi ynag diakui oleh kebanyakan penyair sebagai yang mempunyai unsur-unsur (antara lainya) subjektiviti, imaginasi, melodi dan emosi; dan berdasarkan unsur-unsur tersebut, lirik lebih merupakan suatu gaya penulisan puisi - bukan suatu bentuk puisi.

Dalam perkembangan penulisnya, pelbagai jenis pengucapan yang berunsur lirik telah dapat dikenal. Sebagai contoh: soneta, oda, balada dan  elegi adalah antara beberapa variasi pengucapan lirik yang berlainan dilihat dari sudut bentuk, persoalan dan mood. Kadang-kadang lirik dicipta untuk dinyanyikan, lantaran bentuknya yang penuh berirama, bermelodi dan mengandungi unsur-unsur emosi penyair atau penciptanya.  

Sekian dan salam.    

Lain-lain16.04.2009

Kembali ke atas