Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : make a ~ and dance about st, (colloq) membuat kecoh ttg sst: don’t make a ~ and dance about such a trifling matter, jangan buat kecoh ttg perkara yg begitu remeh. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : going for a ~, dijual dgn murah sekali: in the sale, some pieces of furniture were going for a ~, semasa jualan itu, beberapa jenis perabot telah dijual dgn murah sekali; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : burst into ~, tiba-tiba menyanyi; buy st for a ~, membeli sst dgn murah sekali; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. musical sound ( of bird) nyanyian; 3. (a class of musical expression) lagu: ~ is a more important feature of this society than dance or drama, lagu ialah ciri yg lebih penting dlm masyarakat ini drpd tarian atau drama; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. piece of music with lyrics, lagu: a love -, lagu cinta; folk ~s, lagu rakyat; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata song


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah "Dinasti Song, Dinasti Yuan dan Dinasti Ming" boleh ditulis sebagai "Dinasti Song, Yuan dan Ming"? Terima kasih.Ya perlu ditulis "Dinasti Song, Dinasti Yuan dan Dinasti Ming"Lain-lain18.01.2018
Selamat petang. Saya tidak berpeluang melihat karya lukisan Maharaja Huizong (dari / pada) Dinasti Song yang tersimpan di Muzium Istana Kota Larangan. Dalam ayat di atas, "dari" dan "pada" yang manakah lebih sesuai? Atau ditulis sebagai Maharaja Huizong Dinasti Song? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Saya tidak berpeluang melihat karya lukisan Maharaja Huizong daripada Dinasti Song."Tatabahasa21.06.2024
Apakah penterjemahan untuk "cover song" atau "cover version"?Mohon tuan/puan memberikan penggunaan perkataan tersebut dalam contoh ayat supaya pihak kami boleh menyemak padanan kata yang sesuai. Hal ini kerana perkataan yang sama boleh membawa maksud yang berbeza bergantung pada penggunaannya dalam ayat.Penyemakan dan penterjemahan23.03.2018
Tuan, soalan saya ialah untuk tujuan pemasaran perkhidmatan untuk pengguna milenium: 1. Apakah terjemahan yang paling sesuai untuk "Song Writer" Penulis muzik / Pencipta muzik / Penggubah lagu / Komposer? 2. Adakah penggunaan perkataan "Trending" dibenarkan dalam Bahasa Melayu? Di Astro TV, perkataan "Trending" sering digunakan oleh pembaca berita hiburan. Jika tidak dibenarkan, apakah perkataan yang patut digunakan? Popular / Sohor Kini? 3. Apakah perkataan Melayu yang betul untuk "Scroll"? Skrol atau Tatal? 4. Adakah dibenarkan untuk menggunakan perkataan "Hashtag" (#) yang digunakan secara meluas dalam aplikasi Instagram? Walaupun saya tahu bahawa terdapat perkataan "Tanda pagar" dalam kamus Dewan. Pada pendapat saya, Skrol, Trending dan Hashtag wajar digunakan kerana anak-anak muda lebih cenderung untuk menggunakan perkataan yang seakan Bahasa Inggeris. Diharap tuan dapat memberikan jawapan yang paling tepat (untuk tujuan pemasaran) jika pilihan yang saya berikan di atas adalah tidak tepat. Terima kasih.

1.  Padanan Bahasa Melayu untuk “song writer” ialah pencipta lagu, pengubah lagu, komposer lagu. Pengguna boleh menggunakan mana-mana padanan bahasa Melayu.

2.  Trending diberikan padanan Sohor Kini dalam bahasa Melayu. Popular dan Sohor Kini membawa maksud yang sama. Pengguna boleh menggunakan mana-mana perkataan bersesuaian dengan konteks ayat.

3.  Pengguna boleh menggunakan skrol atau tatal sebagai padanan bahasa Melayu untuk “scroll”, iaitu salah satu ikon yang terletak di tepi atau di bawah paparan komputer, bertujuan menggerakkan muka surat dengan menggunakan tetikus.  

4.  Apabila sesuatu perkataan sudah ada dalam bahasa Melayu, perkataan tersebut hendaklah digunakan. Sekiranya bahasa Inggeris digunakan, ini bermakna pengguna telah menggunakan bahasa rojak (percampuran bahasa asing dengan bahasa Melayu) dan tidak menggunakan bahasa yang betul dalam pertuturan dan penulisan.

Untuk membiasakan pengguna dengan perkataan baharu, kami mencadangkan istilah bahasa Melayu digunakan dengan istilah bahasa Inggeris dalam kurungan, contohnya ditulis seperti yang berikut: Tanda pagar (hashtag), sohor kini (trending). Apabila perkataan dalam bahasa Melayu kerap digunakan, lama-kelamaan masyarakat akan terbiasa dan merasa tidak jangka menggunakan perkataan dalam bahasa Melayu.

Untuk membiasakan pengguna dengan perkataan baharu, kami mencadangkan istilah bahasa Melayu digunakan dengan istilah bahasa Inggeris dalam kurungan, contohnya ditulis seperti yang berikut: Tanda pagar (), sohor kini (). Apabila perkataan dalam bahasa Melayu kerap digunakan, lama-kelamaan masyarakat akan terbiasa dan merasa tidak jangka menggunakan perkataan dalam bahasa Melayu.
Istilah28.03.2019
Setelah menabur benih sawi di atas batas yang digemburkan. Pak Song lantas menyiraminya. Munsyi, adakah lantas gramatis digunakan dalam ayat ini? TKLantas bermaksud terus dan boleh digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa12.06.2012
Salam sejahtera. Saya memohon tuan/puan untuk menyemak ayat yang telah saya terjemahkan untuk: The Malaysia tag should be used in every song that is from Malaysia, or from an artist who is from that country. Kepada Bahasa Melayu: Tag Malaysia perlu digunakan pada lagu buatan Malaysia atau pada lagu yang dipersembahkan oleh artis berasal dari negara tersebut.Cadangan terjemahan dalam bahasa Melayu yang betul ialah: Label Malaysia perlu digunakan pada lagu buatan Malaysia atau pada lagu yang dipersembahkan oleh artis berasal dari negara ini.Makna26.09.2024
Apakah padanan yang sesuai untuk bridge yang merujuk kepada Lyrically, the bridge is typically used to pause and reflect on the earlier portions of the song or to prepare the listener for the climax. Jambatan lagu? Terima kasihTiada makna khusus bagi bridge dalam konteks berkenaan. Berdasarkan pemahaman kami, bridge dalam situasi tersebut seolah-olah jeda bagi rangkap seterusnya.Penyemakan dan penterjemahan10.10.2017
Saya ingin tahu sama ada istilah Bahasa Melayu khusus untuk istilah 'Rickrolling'. Rickrolling is an Internet meme[1][2] involving the music video for the 1987 Rick Astley song "Never Gonna Give You Up". The meme is a bait and switch; a person provides a hyperlink seemingly relevant to the topic at hand, but actually leads to Astley's video. Berdasarkan penerangan Wikipedia di atas, apakah padanan paling sesuai dalam Bahasa Melayu untuk istilah tersebut? Atau kekalkan sahaja istilah 'Rickrolling'?Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "rickrolling". Kami akan mengemukakan istilah ini kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah01.04.2013
Assalamualaikum. Saya ingin mengesahkan terjemahan ini. Fans all over the world are uploading dance cover videos to express their love for K-POP. Terjemahan: Peminat di seluruh dunia memuat naik video tarian semula untuk meluahkan rasa cinta mereka terhadap K-POP. song cover/dance cover diterjemahkan sebagai nyanyian/tarian semula. Mohon nasihat. Terima kasih.

Untuk makluman, terjemahan untuk dance cover tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Walau bagaimanapun, istilah tarian semula yang digunakan dalam ayat ini boleh diterima pakai.

Penyemakan dan penterjemahan31.07.2019

Kembali ke atas