Soalan 1. Apakah yang dimaksudkan bahasa tidak sopan atau kasar? 2. Apakah jenis-jenis bahasa tidak sopan atau kasar? 3. Apakah sebab-sebab timbulnya bahasa tidak sopan atau kasar ini? Terima kasih. | Bahasa kasar ialah bahasa yang digunakan apabila berhubung dengan teman-teman karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dalam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk lebih memahami tentang tajuk tersebut, rujuk buku yang berkaitan dengan santun bahasa, artikel atau kertas kerja yang berkaitan dengan tajuk berkenaan. | Lain-lain | 25.09.2011 |
Salam tuan. 1.Tolong berikan definisi bahasa tidak sopan dan jenis-jenisnya. 2. Faktor yang menyebabkan berlaku bahasa tidak sopan dalam kalangan masyarakat. 3. Cadangan untuk membendung fenomena ini berlaku. | Bahasa tidak sopan atau bahasa kasar lazimnya digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dakam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila buat kajian/penyelidikan dengan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber. | Lain-lain | 02.11.2011 |
apakah jenis bahasa tidak sopan | Bahasa tidak sopan atau bahasa kasar antaranya digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dalam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berserta contoh sila rujuk buku, makalah dan kertas kerja yang berkaitan dengan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan yang berhampiran. | Makna | 21.10.2011 |
ayat mana yg betul? 1)mulutnya tu kurang ajar 2)mulutnya tu kurang sopan | Istilah kurang ajar atau kurang sopan agak kurang tepat digunakan kerana ia membawa maksud yang agak umum sebenarnya. Kami mencadangkan agar istilah seperti biadap atau lancang digunakan untuk melengkapkan ayat di atas. | Istilah | 19.04.2011 |
Assalamualaikum tuan, Mohon panduan bagi maksud frasa "perbuatan tidak sopan". segala perhatian pihak tuan dalam perkara ini amat dihargai. | Waalaikumussalam, maksud frasa bagi perbuatan tidak sopan ialah biadap | Istilah | 30.09.2019 |
Adakah ayat–ayat yang berikut betul? 1. Ahmad memegang benih sayur untuk ditanam di dalam lubang yang telah digalinya. 2. Kita mestilah bertutur sopan supaya tidak menyentuh perasaan orang lain. 3. Kita mestilah bertutur sopan supaya tidak mengganggu perasaan orang lain. | Ayat yang betul ialah: 1. Ahmad memegang benih sayur untuk ditanam di dalam lubang yang telah digalinya. 2. Kita mestilah bertutur dengan sopan supaya tidak menyentuh perasaan orang lain.
| Tatabahasa | 28.08.2015 |
Adakah penggunaan perkataan 'hendaklah' bagi contoh ayat berikut tidak sopan/kasar: "Senarai Semak hendaklah dicetak sebelum difailkan" | Partikel -lah pada perkataan hendaklah merupakan penegas yang memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Ia tidak membawa makna tidak sopan/kasar. | Tatabahasa | 04.05.2010 |
apakah jenis-jenis bahasa tidak sopan | Bahasa tidak sopan atau bahasa kasar antaranya digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dalam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berserta contoh sila rujuk buku, makalah dan kertas kerja yang berkaitan dengan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan yang berhampiran. | Makna | 21.10.2011 |
AsSalamualaikum, saya ingin bertanya maksud penggunaan istilah ' batangkan ' yang sedang dilaksanakan di PRA Sekolah dan Sekolah Rendah. Kemusykilan saya penggunaannya sangat tidak sesuai dan tidak sopan memandangkan istilah cerakin yang telah digunapakai sebelum ini sangat sopan dan sesuai digunakan. Harap dapat penjelasan tuan, terima kasih. | Perkataan yang bertul ialah "membatangkan". Dalam Tatabahasa Dewan "batang" ada meksud kedua iaitu mengeja sambil membaca. Namun pihak sekolah mestilah menggunakan perkataan yang sewajarnya. | Lain-lain | 04.09.2015 |
Bolehkah sesuatu ayat dimulakan dengan perkataan "contohnya" seperti berikut. Kita perlulah menghormati kedua-dua ibu bapa kita. Contohnya kita perlulah menggunakan tutur kata yang sopan ketika berbicara dengan mereka. | Kita perlulah menghormati kedua-dua ibu bapa kita. Contohnya kita perlulah menggunakan tutur kata yang sopan ketika berbicara dengan mereka. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 19.06.2016 |