Salam sejahtera, adakah penggunaan istilah "pembimbing sorak" tepat bagi menggambarkan istilah "cheerleading" dalam bahasa Melayu? Sila cadangkan istilah yang tepat bagi tujuan tersebut. Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, terdapat perkataan ‘cheer-leaders’ yang bermaksud ‘ketua kumpulan sorak’. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.11.2021 |
Dari sini kami dapat mendengari sorak-sorai murid di padang. munsyi, adakah ayat ini salah? TQ | Ayat itu betul kerana mendengari bermaksud mendengar akan sesuatu. | Tatabahasa | 11.03.2012 |
1)Adakah suku kata - rai dalam perkataan sorak-sorai ialah suku kata terbuka? 2)Adakah suku kata -ah dalam perkataan meriah merupakan suku kata tertutup? | Suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan. Oleh itu, kata RAI = KVV ialah suku kata terbuka dan MERIAH = KVKVVK ialah suku kata tertutup. | Tatabahasa | 20.06.2011 |
apakah peribahasa bagi situasi ini: syafik mempunyai susuk badan yang tinggi dan tegap tetapi dia hanya mampu menjadi tukang sorak apabila kawan-kawannya bermain bola sepak di padang ? please ..... | Cadangan kami ialah kaki bangku. Sila rujuk buku berkaitan peribahasa. | Tatabahasa | 18.05.2010 |
Sini nak rujuk lagi sekali bagi makna perkataan 'mengamatkan' bagi ayat di bawah. Perlawanan kedua-dua pasukan bola sepak terkenal itu mengamatkan suasana di stadium itu. Adakah perkataan 'mengamatkan' dalam ayat di atas bermaksud meneliti? Atau memperhebatkan suasana? Harapkan penterjemahan perkataan itu dalam ayat itu.Terima kasih. | Perkataan "mengamatkan" tidak tepat dalam konteks tersebut. Perkataan yang sesuai digunakan dalam ayat tersebut ialah "menggamatkan" yang bermaksud menyebabkan gamat pada telinga, membisingkan, memekakkan, pekik sorak. Contoh ayat dengan penggunaan perkataan yang betul ialah Perlawanan kedua-dua pasukan bola sepak itu menggamatkan suasana di stadium itu. | Lain-lain | 29.01.2021 |
SOALAN Pelajar tidak dapat meneruskan ucapannya kerana perasaannya "bergemuruh" / bercelaru / bergelora apabila melihat tetamu yang ramai. Kalau mengikut penjelasan KAMUS DEWAN, GEMURUH 2. berdebar-debar hati (kerana ketakutan, berasa sangat bimbang, dsb), agak gementar: setiap pemain pasti berasa sedikit ~ apabila menentang lawan, terutamanya dlm kejohanan penting; ADAKAH BERGEMURUH betul dalam SOALAN di atas juga? ATAU BERGERUMUH hanya boleh membawa erti - berbunyi spt guruh (bunyi kapal terbang, air terjun, dll): rakyat Pasai pun keluarlah, ~ bunyinya; ucapannya mendapat sambutan tepuk-sorak yg bergemuruh; etiga-tiga jawapan pun betul? | Kata gemuruh membawa kedua-dua makna yang dinyatakan. Oleh itu, penggunaan salah satu maknanya dalam ayat adalah betul asalkan bersesuaian dengan konteks ayat tersebut. Contohnya ayat: Pelajar tidak dapat meneruskan ucapannya kerana perasaannya "bergemuruh" / bercelaru / bergelora apabila melihat tetamu yang ramai, pasti yang dimaksudkan ialah makna kedua, iaitu berdebar-debar hati. | Tatabahasa | 10.07.2011 |
bolehkah saya menggunakan frasa 'disambut gemuruh' untuk mengambarkan situasi di mana sesuatu perkara,acara,perhimpunan menerima sambutan yang menggalakkan/memberangsangkan? penggunaan lazim yang saya lihat ialah 'disambut tepukan gemuruh'. tetapi kerana tujuan saya ialah untuk suatu slogan (yang biasanya berayat pendek dan jitu)...saya ingin membuang perkataan 'tepukan' daripada frasa itu. nasihat DBP amat dihargai. terima kasih. | Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, perkataan gemuruh bermaksud kuat dan menderu-deru bunyinya (spt kapal terbang, tepuk sorak orang ramai dan sebagainya) : Ucapan menteri itu disambut dengan tepukan yang gemuruh. Berdasarkan frasa yang diberikan oleh saudara, disambut gemuruh tidak memberikan apa-apa makna kerana perkataan gemuruh dalam konteks ini berkait dengan tepukan yang menunjukkan sambutan menggalakkan yang diterima oleh seseorang. Jika saudara hendak menggugurkan perkataan tepukan, keadaan tidak mengambarkan suasana sambutan tersebut. | Tatabahasa | 19.01.2010 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Adakah terdapat perbezaan yang ketara antara istilah PASUKAN KERJA dengan KERJA BERPASUKAN. Kedua, Apa komen tuan jika tajuk ini untuk saya jadikan sebagai tajuk kursus: 1) "KURSUS MEMBENTUK PASUKAN KERJA YANG BERETIKA DAN BERINTEGRITI" 2) "KURSUS PERATURAN KERJA BERPASUKAN YANG BERETIKA DAN BERINTEGRITI" | Pasukan kerja bermaksud satu pasukan yang dibentuk untuk melaksanakan sesuatu kerja atau tugasan. Contohnya, pasukan perubatan untuk melaksanakan tugasan memberikan rawatan perubatan, pasukan keselamatan untuk melaksanakan tugasan mengawal keamanan, dan pasukan sorak untuk melaksanakan tugasan memberikan sokongan dan sorakan kepada sesuatu pasukan yang bertanding dalam acara sukan. Kerja berpasukan pula bermaksud menyelesaikan sesuatu tugasan secara berkumpulan atau berpasukan. Contohnya, buletin tahunan itu berjaya diterbitkan dengan cemerlang hasil kerja berpasukan yang melibatkan editor, wartawan, penulis, pereka bentuk, jurufoto, dan pencetak. Tajuk kursus: 1. Kursus Membentuk Pasukan Kerja yang Beretika dan Berintegriti – bermaksud kursus yang diadakan untuk memberikan panduan cara-cara membina dan membentuk satu pasukan kerja yang beretika dan berintegriti. 2. Kursus Peraturan Kerja Berpasukan yang Beretika dan Berintegriti - bermaksud kursus yang diadakan untuk menetapkan garis panduan yang perlu dipatuhi dalam kerja berpasukan yang beretika dan berintegriti. | Makna | 12.02.2014 |
Saya ingin tahu tentang penggunaan "banyak" dan "ramai" untuk orang. Kalau mengikut tatabahasa yang saya pelajari dahulu, banyak adalah untuk benda, ramai untuk orang, tetapai sekarang saya diberitahu banyak juga boleh digunakan untuk orang. Minta penjelasan. Terima kasih | Mengikut Kamus Dewan, maksud 'banyak' ialah bukan sedikit, tidak sedikit:contoh ayat banyak orang yg mempunyai cita-cita tinggi. 'ramai'. Maksud ramai pula ialah riuh-rendah, hiruk-pikuk (bunyi, suara, dll): orang menyabung terlalu ramai, bunyi sorak spt akan sampai ke langit; 2. sangat hebat, dahsyat (peperangan, perkelahian, dll): maka berperanglah Temenggung Seri Udana dgn Peringgi terlalulah ramai.Oleh hal yang demikian, kedua dua perkataan tersebut boleh digunakan mengikut konteks penggunaannya. | Makna | 30.06.2009 |
Beza tepok dan tepuk serta penggunaannya dalam ayat | Perbezaan kata tepok dan tepuk ialah maknanya. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) atau Pusat Rujukan Persuratan Melayu https://prpm.dbp.gov.my/ untuk memperoleh makna dan contoh penggunaan kata ini. Misalnya bagi kata tepuk (ada homonim) dalam KDP: tepuk1 kata nama 1. perbuatan menamparkan kedua-dua tapak tangan supaya berbunyi: Contoh: Maka dilangsungkanlah adat perkahwinan itu di tengah khalayak yang ramai dengan tepuk dan tempik sorak serta nyanyi-nyanyian. 2. bunyi yang terjadi kerana menamparkan kedua-dua tapak tangan: Contoh: a) Suara itu diiringi pula oleh ketawa dan tepuk budak-budak yang ramai di situ. b) Memecahlah di tengah-tengah kesunyian itu tepuk orang amat riuhnya. 3. tamparan yang tidak kuat dengan tapak tangan: Contoh: Amalan tepuk bantal sambil berniat untuk bangun awal pagi menjadi rutin neneknya. 4. tangkisan untuk menghindarkan serangan yang cuba mencederakan pesilat dalam seni pencak silat. kata kerja transitif 5. lihat menepuk. | Makna | 12.01.2025 |