adakah terdapat perkataan menyempat-nyempat kalau-kalau ala-ala okey-okey sorang-sorang benda alah sah-sah diaorang kita orang kau orang korang | Sebahagian perkataan yang tuan berikan terakam dalam data kami, contohnya kalau-kalau yang bermaksud barangkali. Sebahagian yang lain tidak ada kerana hanya digunakan dalam wacana tidak rasmi seperti perbualan antara rakan. Untuk melihat perkataan yang lain sama ada atau sebaliknya, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan berkenaan dan ruangan 'Cari", contohnya http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kalau-kalau. | Tatabahasa | 26.05.2014 |
Adakah perkataan "mahasiswa-mahasiswi" gramatis? | Perkataan mahasiswa dan mahasiswi boleh merujuk kepada sorang atau ramai bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Perkataan mahasiswa-mahasiswi adalah tidak tepat, yang betul ialah mahasiswa dan mahasiswi atau mahasiswa sahaja sudah memadai untuk merujuk pelajar yang belajar di universiti termasuklah pelajar wanita. | Tatabahasa | 06.05.2011 |
Assalamualaikum, penggunaan bahasa pasar (bp) adakah dibolehkan untuk tujuan penterjemahan komik atau buku fiksyen/bukan fiksyen? Seperti penggunaan perkataan "kat", "sorang" dan sebagainya. | Pada pandangan kami, dalam penghasilan karya kreatif, penggunaan bahasa percakapan tidak digalakkan. Pembaca perlu didedahkan dengan bahasa Melayu yang sopan dan standard supaya dapat menggunakan bahasa yang betul dalakehidupan seharian. | Tatabahasa | 03.07.2013 |