Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.ro.tan] | سوروتن

Definisi : 1. pancaran cahaya, sinaran: ~ lampu kereta menyilaukan mata mereka; 2. ki huraian (sesuatu perkara), pembicaraan: ia cuba membuat analisa atau ~ cerpen itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.ro.tan] | سوروتن

Definisi : 1 pancaran atau sinaran cahaya dsb: ~ beberapa buah lampu menjadikan kawasan rumahnya terang benderang. 2 ki huraian atau pem­bicaraan ttg sesuatu perkara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sorot
Kata Terbitan : menyorot, menyoroti, sorotan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud literature reviewliterature review: sorotan kajian, sorotan bahan.Makna20.08.2009
Apakah perkataan yang tepat dalam bahasa Melayu untuk perkataan "Literatur Review". Adakah Sorotan Kajian Lepas atau Sorotan Literatur. Mohon nasihat

Padanan yang tepat dalam bahasa Melayu untuk frasa "Literature Review" ialah Sorotan Kajian

Penyemakan dan penterjemahan26.03.2020
Perbezaan Kajian Lepas (Sorotan Kajian) dan Kosa Ilmu?Kedua-dua frasa mempunyai maksud yang hampir sama iaitu hasil penulisan pengkaji-pengkaji terdahulu dalam bidang-bidang kajian mereka.
Untuk mengetahui lebih lanjut, tuan perlu mendapatkannya daripada pakar atau penyelidik.
Makna06.04.2021
1. Bolehkan digunakan perkataan berdiploma dalam ayat 'Ramai graduan yang berdiploma memohon pekerjaan yang diiklankan.' 2. Perkataan 'sastera dan Sains Sosial' mesti dimulakan dengan huruf besar atau kec il dalam ayat berikut: Sorotan kadar bekerja graduan berijazah pertama dalam bidang sastera dan sains sosial menunjukkan ....

1. Ber + kata nama antaranya membawa pengertian mempunyai, seperti dalam ayat: Ramai graduan yang berdiploma memohon pekerjaan yang diiklankan.

2. Ejaan yang betul ialah Sorotan kadar bekerja graduan berijazah pertama dalam bidang Sastera dan Sains Sosial menunjukkan...

Tatabahasa30.11.2010
Salam, Mohon bertanya sekiranya DBP ada menawarkan perkhidmatan semakan tesis yang ditulis menggunakan bahasa Melayu? Dan boleh saya mohon tanya apakah istilah bahasa Melayu untuk Literature Review. Saya telah semak di laman sesawang. Tetapi tidak dijumpai. Terima kasihUntuk pertanyaan berkaitan dengan semakan dokumen berbahasa Melayu, sila e-melkan kepada kuatkuasa@dbp.gov.my. 

Istilah bahasa Melayu untuk literature review ialah "sorotan kajian".
Lain-lain04.06.2024
Apakah istilah Bahasa Melayu untuk 1. "Facebook post"(noun/kata nama) 2. Tweet(noun/kata nama) 3. Tweet(verb/kata kerja) 4. facebook highlights(noun/kata nama) 5. instagram story (noun/kata nama)Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah Facebook post ialah hantaran Facebook, tweet
ialah twit, tweeting ialah mentwit, Facebook highlights ialah sorotan Facebook dan Instagram story ialah cerita Instagram. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.
Istilah03.09.2022
Selamat petang tuan. Moga-moga tuan gembira melunaskan amanah yang terpikul. Tuan, apakah sendi nama yang tepat bagi masa: "pada" atau "dalam"? Pada pendapat saya, ungkapan "pada zaman Melaka" dan "dalam zaman Melaka" berbeda atau senjang. "Pada" menunjukkan waktu tertentu, iaitu berpaku pada satu waktu sahaja, tidak melibatkan jangka waktu. "Dalam" pula menunjukkan jangka waktu, iaitu dari satu waktu ke satu waktu, dari waktu bermula sampai waktu tamat. Jadi "pada zaman Melaka" bermaksud tepat-tepat pada zaman Melaka itu sahaja, bukan zaman lain seperti zaman Abbasiyah, zaman penaklukan Jepun, zaman penjajahan British. "Dalam zaman Melaka" pula bermaksud jangka masa dari masa bangkitnya zaman Melaka hingga lenyapnya zaman ini. Jadi, dapat saya simpulkan bahawa sebenarnya kedua-dua sendi "pada" dan "dalam" boleh digunakan untuk masa, hanya maksud yang timbul senjang (berbeda). Sorotan lanjut ada dalam WordPad yang terlampir. Isi WordPad ini sebenarnya surat saya terhadap Dr. Awang Sariyan, namun saya memohon pandangan tuan juga. Harap tuan menjelaskan perkara ini. Terima kasih.Dalam buku Tatabahasa Dewan, jelas diterangkan kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan waktu dan tempat. Kami menerima ayat "pada zaman Melaka" ini betul kerana selari dengan prinsip Tatabahasa Dewan.Tatabahasa01.12.2016

Kembali ke atas