| Saya ingin menyemak terjemahan bagi 1) Product Highlight Sheet - Helaian Sorotan Produk 2) Responsibility Statement - Pernyataan Tanggungjawab, yang terdapat dokumen perbankan. | Product Highlight Sheet - helaian sorotan produk Terjemahan yang diberikan boleh digunakan berdasarkan bidang yang bersesuaian dengannya. Responsibility Statement - pernyataan tanggungjawab Terjemahan yang diberikan boleh digunakan berdasarkan bidang yang bersesuaian dengannya. Contohnya, bidang perbankan, tadbir urus korporat atau pengurusan sumber manusia | Penyemakan dan penterjemahan | 09.02.2026 |
| 1. Bolehkan digunakan perkataan berdiploma dalam ayat 'Ramai graduan yang berdiploma memohon pekerjaan yang diiklankan.' 2. Perkataan 'sastera dan Sains Sosial' mesti dimulakan dengan huruf besar atau kec il dalam ayat berikut: Sorotan kadar bekerja graduan berijazah pertama dalam bidang sastera dan sains sosial menunjukkan .... | 1. Ber + kata nama antaranya membawa pengertian mempunyai, seperti dalam ayat: Ramai graduan yang berdiploma memohon pekerjaan yang diiklankan. 2. Ejaan yang betul ialah Sorotan kadar bekerja graduan berijazah pertama dalam bidang Sastera dan Sains Sosial menunjukkan... | Tatabahasa | 30.11.2010 |
| Apakah istilah Bahasa Melayu untuk 1. "Facebook post"(noun/kata nama) 2. Tweet(noun/kata nama) 3. Tweet(verb/kata kerja) 4. facebook highlights(noun/kata nama) 5. instagram story (noun/kata nama) | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah Facebook post ialah hantaran Facebook, tweet ialah twit, tweeting ialah mentwit, Facebook highlights ialah sorotan Facebook dan Instagram story ialah cerita Instagram. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 03.09.2022 |