Apakah maksud/definisi social enterprise? Rujuk kamus maksudnya usaha sosial. Apakah takrifan tersebut sesuai? atau adakah ia lebih sesuai dikatakan usahawan sosial dan apakah definisi/takrifan usahawan sosial? | Social enterprise boleh diberikan padanan perniagaan sosial; perusahaan sosial atau syarikat sosial, manakala social enterpreneur pula ialah usahawan sosial. Melalui carian kami di internet, perniagaan sosial/perusahaan sosial/ perusahaan sosial ialah perniagaan yang dimiliki oleh NGO yang kebiasaannya terlibat secara langsung dalam pengeluaran atau menjual produk dan perkhidmatan untuk tujuan menjana pendapatan dan mencapai matlamat sosial, budaya dan /atau alam sekitar. | Makna | 26.01.2015 |
Assalamualaikum. Mana yang betul? di media sosial/ dalam media sosial / melalui media sosial | Frasa yang betul ialah “melalui media sosial.” | Tatabahasa | 23.04.2025 |
Perkataan mana lebih tepat antara "sosial media" atau "media sosial" | MEDIA SOSIAL | Tatabahasa | 15.03.2013 |
mana yang betul? laman sesawang sosial @ laman web sosial | Laman sesawang sosial atau laman web sosial, kedua-duanya betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 01.06.2010 |
salam mana yangb betul? laman sesawang sosial @ laman web sosial | Laman sesawang sosial atau laman web sosial, kedua-duanya betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 01.06.2010 |
maksud kontak-kontak sosial dari aspek pengurusan kerja sosial | Sila rujuk bahan Ini : Kontrak sosial asas penting perpaduan kaum" [Diwawancara oleh Radzi Ismail] Liow Tiong Lai Dewan Masyarakat 01/10/2005 Terperinci Ekonomi unsur penting kontrak sosial A. Kadir Jasin Dewan Masyarakat 01/10/2005 Terperinci Kontrak sosial antara kaum di Malaysia Hassan Ahmad Dewan Budaya 01/04/2004 Terperinci Kontrak sosial eratkan perpaduan Ibrahim Musing Dewan Siswa Petualang kontrak sosial H.M. Jajuli Dewan Budaya 01/12/2006 Pengurusan sebagai fungsi sosial dan seni yang liberal Drucker, Peter F Dewan Ekonomi 01/07/1997 Terperinci | Lain-lain | 07.09.2007 |
Hi, nak tanya frasa “ di media sosial atau dalam media sosial”yang manakah betul? Jelaskan ? Contoh ayat: Lokman menasihati adiknya agar tidak mudah mempercayai segala maklumat yang terdapat di media sosial. | Frasa yang betul ialah dalam media sosial. Kata sendi nama “dalam” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Kata sendi nama “di” digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 284. | Tatabahasa | 21.08.2025 |
Yang manakah ejaan betul bagi social distancing dalam bahasa Melayu? Penjarakkan sosial ataupun penjarakan sosial? Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah Penjarakan Sosial | Istilah | 25.03.2020 |
Apakah terjemahan untuk “social media post?” Adakah “hantaran media sosial” atau “siaran media sosial”? | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah social media post ialah hantaran media sosial. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 23.03.2023 |
Salam. Tuan/Puan/Cik, Ejaan yang manakah betul bagi perkataan "PENJARAKAN SOSIAL" atau "PENJARAKKAN SOSIAL". Mohon pencerahan dari pihak DBP. Sekian. | Waalaikumsalam, Saudara, ejaan yang tepat ialah "PENJARAKAN SOSIAL". | Ejaan | 25.03.2020 |