Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[spé.ker] | سڤيکر

Definisi : (spéaker) orang yg mempengerusikan sidang mesyuarat (Dewan Rakyat, Dewan Negara, Dewan Undangan Negeri), Yang Dipertua (Dewan Rakyat, Dewan Negara). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[spé.ker] | سڤيکر

Definisi : /spéaker/ pegawai yg menjadi pengerusi dlm Dewan Undangan Negeri (Dewan Rakyat, Dewan Ne­gara). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata speaker


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pihakk sekolah hendak menjemput speaker dewan rakyat. Panggilan yg tepat utk speaker dewan rakyat? ( yang berbahagia, yg berhormat dato' atau lain2)Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. panggilan yang sesuai untuk Speaker Dewan Rakyat ialah Yang Dipertua.


Lain-lain08.02.2019
Apakah terjemahan yang tepat bagi Native Speaker? Penutur Jati atau Penutur Asli?Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi native speaker ialah penutur asli.Tatabahasa31.03.2014
Bagi sesebuah forum, perkataan yang manakah lebih sesuai digunakan; speaker atau ahli panel?Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud speaker ialah  orang yg mempengerusikan sidang mesyuarat (Dewan Rakyat, Dewan Negara, Dewan Undangan Negeri), Yang Dipertua (Dewan Rakyat, Dewan Negara) manakala panel ialah kumpulan orang yg membincangkan sesuatu tajuk, biasanya berkaitan dgn politik, ekonomi, dll di hadapan para pendengar atau penonton; 2. kumpulan orang yg dilantik atau dipilih utk melakukan tugas tertentu. Maka perkataan yang sesuai digunakan dalam ceramah ialah ahli panel.Makna15.03.2019
Assalamualaikum. Boleh saya bertanya apakah terjemahan bagi Speaker Dewan Rakyat dalam Bahasa Melayu? Saya perhatikan media arus perdana kita sering menggunakan istilah ini hatta di dalam dewan yang mulia di kalangan ahli-ahli parlimen. Terima kasih

Perkataan "Speaker Dewan Rakyat” sudah diterima pakai sebagai kata bahasa Melayu yang bermaksud  pegawai yang menjadi pengerusi dalam Dewan Undangan Negeri (Dewan Rakyat, Dewan Ne­gara). (rujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah08.08.2020
Apakah istilah yang sesuai dalam bahasa Melayu kepada "Speakers Corner" dalam bahasa Inggeris. TQUntuk makluman, tidak ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "Speaker's Corner". Padanan bahasa Melayu untuk "speaker" ialah pembicara atau pemidato, dan padanan bahasa Melayu untuk "corner" ialah sudut. Cadangan kami ialah Sudut Pembicara atau Sudut Pemidato.Istilah09.06.2012
Mohon Tuan menterjemah dan mencadangkan tajuk ini ke bahasa Malaysia: "EMINENT SPEAKER SERIES" terima kasihIstilah yang boleh dicadangkan ialah "Siri Syarahan Perdana", "Siri Syarahan Tokoh", atau "Siri Syarahan Utama".Penyemakan dan penterjemahan14.07.2015
Mohon mendapat jawapan Lihat lampiran soalan yang dikemukakan (Rusli bin Kamaruddin) PA Y.B. Dato' Speaker merangkap Ketua Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG. 04-2611955

Lihat Lampiran

Tatabahasa19.10.2011
Bagaimanakah mengakronimkan perkataan murid bukan penutur natif? (mbpn/Mbpn/MBPN) Terima kasih.Tidak ada akronim untuk murid bukan penutur asli (natif speaker ialah penutur asli). Untuk makluman tuan, penggunaan akronim amat terhad dalam Bahasa Melayu dan banyak digunakan dalam penamaan jabatan atau pertubuhan. Istilah25.09.2017
Hakim Lau juga tidak menerima hujah Pejabat Peguam Negara bahawa permohonan itu bersifat akademik semata-mata berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 April lalu bahawa SPR dan bukan Speaker mempunyai hak untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi pilihan raya. Apakah maksud 'bersifat akademik' dalam petikan tadi?Bersifat atau mengenai ilmu pengetahuan.Lain-lain22.10.2009
1) Apakah perbezaan antara eko-pelancongan dan agro-pelancongan 2) dari segi ejaan adakah dieja dengan satu perkataan, dua perkataan atau ada tanda sempang. terima kasih. Rusli Kamaruddin PA YB Dato' Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang

 Encik Rusli,

Perbezaan antara kedua-dua perkataan tersebut dapat dilihat daripada makna yang diberikan.

Ekopelancongan bermaksud pelancongan yg berasaskan sumber dan pemeliharaan alam semula jadi spt. flora, fauna, pantai, tasik dan sungai: Kajian dijalankan utk menjadikan tasik itu sbg. pusat penyelidikan dan ~.  

Agropelancongan bermaksud aktiviti pelancongan yang berasaskan pertanian seperti lawatan ke ladang kelapa sawit, kawasan ternakan atau dusun buah-buahan.

 

Kedua-dua perkataan ini dieja sebagai satu perkataan.

Makna07.01.2010
12

Kembali ke atas