Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : 2. (US), (colloq) advertised reduced price, menjual dgn harga istimewa: we’re having a ~ on chicken tomorrow, esok kami akan menjual ayam dgn harga istimewa. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : a 24-hour radio ~ on the election, liputan istimewa 24-jam melalui radio ttg pilihan raya itu: a number of television ~s are scheduled for the Christmas season, beberapa rancangan istimewa sedang disediakan utk musim perayaan Krismas; the chef’s ~ for today, hidangan istimewa tukang masak hari ini; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 7. close, istimewa: he is not a ~ friend of mine, but we do see quite a lot of each other, dia bukan kawan istimewa saya, tetapi kami sering berjumpa; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : take ~ care of st, menjaga sst dgn baik; 6. at a reduced price, istimewa: we have many ~ offers this week, minggu ini kami ada banyak tawaran istimewa; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 5. extra, lebih: I would like you to pay ~ attention to this part of the work, saya hendak kamu memberikan perhatian yg lebih pd bahagian kerja ini; she made a ~ effort to make her guests feel at ease, dia berusaha lebih utk memastikan tetamunya berasa selesa; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 4. unique, tersendiri: they speak their own ~ variety of Javanese, mereka bertutur dlm variasi bahasa Jawa mereka yg tersendiri; every community has its own ~ problems, setiap masyarakat mempunyai masalahnya yg tersendiri; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : she did not have any ~ purpose in coming here today, dia tdk mempunyai tujuan khusus datang ke sini hari ini; have you any ~ person in mind for the job?, adakah orang tertentu yg ingin kamu cadangkan utk jawatan itu?; he has made a ~ study of this period, dia telah membuat kajian khusus ttg zaman itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : a ~ suit for diving, pakaian khas utk menyelam; 3. specific, particular, khusus, tertentu; (rel to academic research, field of study, etc) khusus: I have a ~ reason for wanting that particular brand, saya ada sebab khusus mengapa saya hendakkan jenama itu; the names of the participants are not in any ~ order, nama-nama peserta tdk disenaraikan dlm urutan yg tertentu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : a ~ edition of the newspaper was on the streets two hours after war was declared, edisi khas akhbar itu dijual dua jam selepas perang diisytiharkan; they were married by ~ licence, mereka berkahwin dgn lesen khas; he was given ~ permission to use the equipment, dia diberi kebenaran khas utk menggunakan alat itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : for three years he was ~ adviser to the state government, selama tiga tahun dia menjadi penasihat khas kerajaan; the child has been sent to a ~ school for the deaf, kanak-kanak itu telah dihantar ke sekolah khas utk murid-murid cacat pendengaran; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : there was a ~ issue of stamps to mark the centenary, setem khas dikeluarkan sempena perayaan seratus tahun itu; ~ trains will be run over the holiday period, kereta api khas akan disediakan semasa musim percutian; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : a ~ favourite, sst yg sangat [sso] sukai: this piece is a ~ favourite of mine, yg ini yg sangat saya sukai; 2. prepared, done, made, appointed, provided, etc for a particular purpose, khas: the doctor has put him on a ~ diet, doktor telah mengesyorkan diet khas untuknya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : because of his position he was given ~ treatment at the club, oleh sebab kedudukannya, dia mendapat layanan istimewa di kelab itu; is there anything ~ you would like for your graduation party?, ada sesuatu yg istimewa yg kamu mahukan utk majlis tamat pengajianmu?; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : she only wears that dress on ~ occasions, dia hanya memakai baju itu pd hari-hari istimewa; what’s so ~ about the house? It seems like an ordinary house to me, apa yg istimewa ttg rumah itu? Bagi saya, rumah itu biasa sahaja; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. exceptional, more important or better than others of its kind, istimewa: today is a very ~ day for Malaysians all over the world, hari ini hari yg istimewa bagi rakyat Malaysia di seluruh dunia; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. so. made available, st produced for a special purpose, approp n + khas; (entertainment, food) approp n + istimewa: ~s were given the task of guarding public buildings during the civil disorder, pasukan khas diberi tugas menjaga bangunan-bangunan awam semasa rusuhan itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata special


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SPECIAL PURPOSE VEHICLEENTITI KEGUNAAN KHASIstilah02.11.2010
Saya dari Special Olympics Perak...ingin bertanya apakah maksud Special Olympics dalam Bahasa Melayu.Untuk makluman, belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "Special Olympics". Walau bagaimanapun , terdapat istilah paralimpik yang merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris "Paralympic". Oleh sebab kedua-dua sukan ini khusus untuk mereka yang mempunyai kecacatan mental dan fizikal, cadangan kami ialah Paralimpik Peringkat Olimpik.Istilah26.02.2014
Apakah terjemahan untuk " Special Purpose Vehicle Company" dalam bahasa Melayu. Terima Kasih

Untuk makluman, tidak ada istilah khusus untuk Special Purpose Vehicle dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat padanan istilah bahasa Melayu untuk special purpose, iaitu kegunaan khusus, kegunaan khas dan tujuan khas.  Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk Special Purpose Vehicle Company ialah Syarikat Kenderaan Kegunaan Khas atau Syarikat Kenderaan Kegunaan Khusus.

Istilah10.01.2012
terjemahan special purpose vehicleCadangan terjemahan ialah kenderaan kegunaan khas.Istilah20.04.2009
early bird specialganjaran pelanggan awal/ siapa cepat dia dapatLain-lain11.04.2007
adakah perkataan spesial atau perkataan yang diubah suai guna daripada perkataan inggeris 'special' didalan kamus bahasa melayu?Spesial (daripada kata special-bahasa Inggeris) seperti yg terdapat dalam kamus Dewan adalah bahasa percakapan seharian yg membawa makna istimewa, khas dan khusus.Makna24.12.2006
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan Special Olympic. Jika ianya bercakap tentang organisasi itu sendiri, perlukah saya menterjemahnya ke bahasa melayu?Dan jika ia bercakap tentang sukan untuk orang kurang upaya apakan perkataan yang paling sesuai untuk digunakan? Soalan kedua pula, jika bahasa sumber menggunakan bahasa singkatan Intellectual Disability sebagai ID. Bolehkah saya menggunakan bahasa singkatan yang sama dalam penterjemahan saya? Terima kasih atas pertolongan tuan/puan. Yang benar, AireenJika Special Olympic ialah organisasi yang telah diwartakan, namanya dikekalkan. Namun jika merujuk sesuatu pertandingan, perkataan tersebut boleh diterjemahkan seperti Sukan Olimpik Khas. Sukan Orang Kurang Upaya ialah istilah yang betul kerana disasarkan khusus kepada kelompok tertentu. Intellectual Disability boleh diterjemahkan kepada ketidakbolehan intelek.Tatabahasa09.12.2015
Dalam bidang kewangan, syarikat boleh mendapatkan modal dengan cara pengsekuritian aset. Cara yang digunakan ialah melalui special purpose vehicle (SPV) di mana originator akan tubuhkan SPV. Aset originator dipindahkan kepada SPV, SPV keluarkan bon kepada pelabur dan wang daripada bon diberi kepada originator. Apakah perkataan yang boleh digunakan bagi menggantikan originator dan SPV?

Saudara Joseph,

Cadangan  padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'special purpose vehicle' dan 'originator' ialah 'kenderaan kegunaan khas' dan 'pemula'.

Istilah22.06.2009
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang kesalahan pada papan tanda premis perniagaan yang saya dapat kenal pasti. Antaranya: 1)Perabut Rejek/Terpakai 2)Keropok Leko 3)Pusat Pakaian Alfa Boutique's Collection 4)Ikan Bakar SpecialStruktur tatabahasa yang betul dalam papan tanda perniagaan ialah:

a. Kedai Perabot Terpakai
b. Kedai Keropok Lekor
c. Pusat Pakaian ( DBP tidak berkuasa untuk mengubah nama kedai yang telah didaftarkan seperti ALFA BOUTIQUE'S COLECTION)
d. Kedai Ikan Bakar Istimewa
Tatabahasa22.04.2014
Judy mahu membuka klinik sendiri.Ayat ini betul?Ayat ini betul. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut.
special-character: line-break;" />
special-character: line-break;" />
Tatabahasa17.05.2015
1234

Kembali ke atas