Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : b. increase the rate of, hasten, meningkatkan: modern machinery that will ~ up production, jentera moden yg akan meningkatkan pengeluaran; the government is ~ing up plans to reduce unemployment, kerajaan sedang meningkatkan rancangan utk mengurangkan pengangguran; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt cause to move quickly, hasten, approp v + dgn cepatnya: the security men sped him to the waiting car, pengawal-pengawal keselamatan mengusungnya dgn cepat ke kereta yg sedang menunggu; they did all they could to ~ his recovery, mereka telah melakukan apa saja supaya dia sembuh dgn cepatnya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi 1. go fast or quickly, memecut; (of days) berlalu: we got a glimpse of the Queen as her car sped by, kami dapat juga melihat Permaisuri itu sekilas semasa kereta baginda memecut di depan kami; the last few months of the course simply sped by, beberapa bulan akhir bagi kursus itu berlalu dgn cepatnya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : at ~, dgn lajunya: we were able to travel at ~ once we left the suburbs, kita dapat memandu dgn lajunya sebaik saja kita tinggalkan kawasan pinggir bandar; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 4. (in compounds) transmission gear in automotive vehicle, kelajuan: a five-~ gear box, kotak gear lima kelajuan; 5. (colloq) amphetamine, amfetamina: he is often high on ~, dia selalu khayal krn mengambil amfetamina; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. (in photog) kelajuan: the ~ of this film is too low, kelajuan filem ini terlalu rendah; a snap taken at a ~ of 1/150 of a second, gambar yg diambil dgn kelajuan 1/150 saat; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : we hope the economic revival will gather ~ next year, kita berharap kebangkitan ekonomi akan bertambah cepat lagi pd tahun depan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. rapidity, a. (in movement, travel, etc) kelajuan, laju: the train picked up ~ once it had passed through the suburbs, kelajuan kereta api itu bertambah, sebaik saja melewati pinggir kota; they drove at top ~ to the hospital, mereka memandu ke hospital dgn lajunya; b. (in performance of a job, task, etc) cepat: they couldn’t believe the ~ with which the matter was settled, mereka tdk percaya betapa cepatnya perkara itu diselesaikan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : a car with a top ~ of 150 mph, sebuah motokar yg kelajuan maksimumnya 150 bsj; b. (at which st happens or is done) kelajuan: the boy must increase his reading ~, budak itu mesti meningkatkan kelajuan membacanya; the ~ of computer processing has increased by leaps and bounds, kelajuan pemprosesan komputer telah meningkat dgn pesatnya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. rate or rapidity, a. (at which so., st moves or travels etc) kelajuan: they reduced their ~ as they were now approaching a winding stretch of road, mereka mengurangkan kelajuan krn sampai di jalan yg berbelok-belok; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ up, a. increase the rate of speed, go faster, memecut: can’t you ~ up a bit? We’re going to be late, tdk bolehkah kamu pecut sedikit? Kita akan lambat nanti; the car in front ~ed up as soon as we tried to overtake it, kereta di depan kita memecut sebaik saja kita cuba memotongnya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. go faster than the legal speed, memandu melebihi had laju: the driver must have been ~ing on the highway, pemandu itu pasti telah memandu melebihi had laju di lebuh raya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata speed


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
speed skatingluncur lajuLain-lain30.04.2007
There are no speed limit signs on the road and highway of Kota Kinabalu and in Sabah per say. How can the police issue a summon saying that we have exceeded the speed limit - What speed limit are they refering to (in KL is 110km or 90km) but here nothing!! Is it justified that they issue the summons for driving at 110km on KK road??? What double standard are they practicing. They must first put up the speed limit sign so that drivers can abide to. Is this Malaysia Boleh for us law abiding citizens? Pihon terjemahan kepada bahasa melayu yang tepatPihak kami tidak menyediakan khidmat terjemahan. Kami hanya menyemak teks terjemahan teks pendek yang telah disediakan. Untuk mengadapat mendapatkan khidmat terjemahan, sila berhubung dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia, telefon 03- 41497210. Lain-lain04.02.2008
Salam sejahtera. Saya mahu minta bantuan daripada pihak pentadbir DBP untuk berikan padanan frasa yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk frasa "Operation Warp Speed". Adakah sesuai diberikan padanan seperti "Operasi Peledingan Pantas/Laju"? Mengikut Wikipedia, takrif Oepration Warp Speed ialah: "Operation Warp Speed (OWS) was a public–private partnership initiated by the United States government to facilitate and accelerate the development, manufacturing, and distribution of COVID-19 vaccines, therapeutics, and diagnostics."Cadangan padanan terjemahan bahasa Melayu bagi Operation Warp Speed ialah Operasi Kelajuan Amat Tinggi/Operasi Kelajuan Terpantas. Walau bagaimanapun, cadangan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian dan penggunaan mengikut konteks.Penyemakan dan penterjemahan15.04.2021
Apakah padanan yang sesuai untuk 1.speed skating 2.short track speed skating? Terima kasihSalam sejahtera,

Tuan,

Padanan bahasa Melayu bagi speed skating ialah luncur laju.

Pihak kami belum ada terjemahan istilah bagi short track speed skating. Padanan bahasa Melayu yang kami boleh cadangkan ialah luncur laju laluan pendek atau luncur laju landasan pendek.

Sekian, terima kasih.
Istilah27.09.2017
Apakah terma atau istilah Bahasa Melayu yang sesuai bagi ayat berkenaan 'Hyper Speed for Hyper Detail'? Adakah penggunaan terjemahan 'Kelajuan Hiper untuk Perincian Hiper' dibenarkan?Dalam data rujukan kami hiper bermaksud awalan asing terlampau atau terlebih daripada normal, misalnya hiperaktif dan hipersensitif. Berdasarkan carian kami, tiada istilah khusus bagi perkataan hyper detail dan hyper speed. Perkataan tersebut merupakan kata umum yang boleh diterjemahkan mengikut konteks penggunaan seperti berlebihan atau lampau.Penyemakan dan penterjemahan17.08.2018
Contoh ayat: "While speed remains the determining factor in races, fuel efficiency is the game changer this year." Apakah istilah terjemahan Bahasa Melayu yang tepat bagi perkataan "game changer"?Untuk terjemahkan yang lebih tepat boleh dipanjangkan kepada Institut Terjemahan Malaysia atau Persatuan Penterjemah Negara. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan perkataan "Pengubah Permainan".Penyemakan dan penterjemahan26.04.2014
Apakah terjemahan bagi frasa berikut: 'Hyper Speed for Hyper Detail'. Bolehkah 'Hiperlaju untuk hiperperinci' digunakan?Secara umumnya boleh digunakan. Namun, bergantung pada  kesesuaian dengan produk yang hendak ditonjolkan, contohnya alat telekomunikasi.Penyemakan dan penterjemahan23.08.2018
bagaimanakah penggunaan unit sukatan kelajuan dalam ayat ini: "He flew an X-15 at a world record speed of Mach 6.70 in October 1967." Cadangan terjemahan: "Dia/Beliau memandu/menerbangkan X-15 pada rekod kelajuan dunia Mach 6.70 pada bulan Oktober 1967." Saya melakukan carian di Google, dan banyak yang meletakkan 'Mach' sebelum angka. Persoalan saya ialah, di antara 'Mach 6.70' dan '6.70 Mach', yang manakah lebih tepat digunakan?Bentuk yang betul ialah 6.70 Mach.Istilah05.04.2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hero diterjemahkan sebagai wira di dalam Bahasa Melayu, manakala superhero diterjemahkan sebagai adiwira (saya tidak pasti samada adiwira ditulis dengan jarak atau tidak.). Jadi, bolehkah saya menterjemahkan istilah - istilah komik seperti "super strength", "super speed" dan "super hearing" sebagai "adi kuat", "adi laju" dan "adi dengar/rungu(pendengaran dalam bahasa indonesia)? Terima kasih.Istilah yang dicadangkan boleh digunakan dan perlu dieja sebagai satu perkataan, iaitu adikuat, adilaju dan adidengar  Istilah18.07.2016
Apakah padanan yang sesuai untuk istilah "curling" yang merujuk kepada a game played on ice, especially in Scotland and Canada, in which large, round, flat stones are slid across the surface toward a mark. Members of a team use brooms to sweep the surface of the ice in the path of the stone to control its speed and direction. Terima kasihBerdasarkan carian data kami, belum ada padanan bahasa Melayu bagi perkataan curling. Kami akan mengemukakan istilah tersebut dalam Jawatankuasa Istilah Semasa bagi mendapatkan padanan yang sesuai. Tuan bolehlah menggunakan perkataan tersebut dengan meletakkan tanda petik seperti "curling" atau ditulis dengan tulisan italik dalam teks berbahasa Melayu.Penyemakan dan penterjemahan12.10.2017
12

Kembali ke atas