Salam Mohon pengesahan penggunaan terma Autism Spectrum Disorder dalam bahasa melayu adalah Kecelaruan Spektrum Autisme. Adakah ia boleh digunakan? Terima kasih | Selamat ptg. Kecelaruan Spektrum Autisme boleh digunakan. Sekian, terima kasih. | Istilah | 22.08.2016 |
SAYA INGIN MENDAPATKAN PENGESAHAN PENGGUNAAN BAHASA BAGI VISUAL IKLAN DARI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA. BERIKUT ADALAH DIANTARA PILIHAN 1 & 2: A) SPEKTRUM INTERNATIONAL ACADEMY B) AVERROES ACADEMY DIMILIKI OLEH: SPEKTRUM IT VISION TRAINING & CONSULTANCY SDN BHD (1001737-A) www.spektrumholdings.com | Untuk pengesahan visual iklan, tuan perlu melampirkan visual iklan tersebut dalam bentuk jpeg atau gif. Iklan tersebut juga perlu mempunyai keterangan aktiviti dalam Melayu di bahagian atas. Contohnya: PEJABAT URUSAN. Untuk tujuan pengesahan iklan ini, layari www.prpm.dbp.gov.my, klik "e-Perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Sistem ini untuk khidmat nasihat bahasa sahaja dan tidak dapat mengeluarkan sijil pengesahan bahasa untuk iklan. | Lain-lain | 10.07.2013 |
Salam. Apakah cadangan pihak DBP bagi terjemahan istilah bahasa Inggeris "key smash". "Key smash" bermaksud perbuatan menekan pelbagai kekunci di papan kekunci secara rawak di dalam sesebuah perbualan, bagi menyatakan perasaan yang sukar untuk digambarkan, lazimnya dalam spektrum kelakar. Bolehkah "hentakan kekunci" digunakan? Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk artikel mengenainya di Wikipedia: https://en.wikipedia.org/wiki/Keysmash Terima kasih. | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi perkataan "key smash" ialah hentak papan kekunci | Makna | 12.01.2021 |