| Betulkah terjemahan di bawah: She spent RM 30 for petrol to reach the nearest town from house. If she used RM 20 to reach her grandmother’s house, how much did she spend to continue to the nearest town? Dia membelanjakan RM30 ke atas minyak untuk tiba di pekan yang berhampiran dengan rumah. Jika dia menggunakan RM 20 untuk sampai ke rumah neneknya, berapakah jumlah wang yang dibelanjakan untuk meneruskan perjalanan ke pekan itu? | Azeelia, Ayat yang betul ialah: Dia menggunakan minyak sejumlah RM30 untuk sampai ke pekan yang paling hampir dengan rumahnya. Jika dia menggunakan RM20 untuk sampai ke rumah neneknya, berapakah jumlah wang yang digunakannya untuk meneruskan perjalanan ke pekan yang paling hampir? | Tatabahasa | 26.08.2010 |
| Salam. Terima kasih di atas maklum bals yang diberikan terhadap penterjemahan occupational therapy kepada terapi cara kerja. Soalan berikutnya, Bolehkah setiap perkataan 'occupation' yang bersesuaian diterjemahkan kepada 'cara kerja'? kerana terjemahan sedia ada bagi occupation ialah "pekerjaan, pendudukan" Maksud 'Occupation' menurut Oxford: [countable] the way in which you spend your time, especially when you are not working Example: Her main occupation seems to be shopping. (https://www.oxfordlearnersdictionaries.com/definition/american_english/occupation) Maksud 'Occupation' menurut Merriam-Webster: Definition of occupation 1a: an activity in which one engages Example: Pursuing pleasure has been his major occupation. (https://www.merriam-webster.com/dictionary/occupation) Oleh itu, bolehkah ia diterjemah kepada 'cara kerja'? Contoh: 'occupation is activities that people do in everyday life' kepada 'cara kerja ialah aktiviti-aktiviti yang manusia lakukan sehari-hari' | Istilah cara kerja lebih banyak digunakan dalam bidang tertentu seperti perubatan. Dalam konteks umum kata pekerjaan lebih banyak digunakan. Berdasarkan kedua-dua contoh yang diberikan, terjemahan pekerjaan lebih sesuai digunakan dalam konteks yang berikut. | Istilah | 02.09.2020 |