Ejaan spesies atau spesis yang tepat? spesies (spésis) golongan benda (binatang, tumbuh-tumbuhan, dll) yg mempunyai sifat yg sama atau bersamaan bangsa, jenis. Terima kasih | Ejaan yang betul ialah spesies. | Tatabahasa | 01.11.2017 |
Kami akan menerbitkan sebuah buku. Judul yang dicadangkan ialah "114 Spesies Buah-Buahan yang Boleh Dimakan". Soalan saya ialah: 1. Adakah judul tersebut betul? 2. Bolehkah nombor dijadikan judul buku atau perlu dieja (Seratus Empat Belas ...) 3. 114 Spesies Buah-Buahan atau "114 Spesies Buah"? kerana 114 dah menunjukkan banyak? Terima kasih di atas khidmat nasihat pihak DBP. | Judul yang betul ialah "114 Spesies Buah-buahan yang Boleh Dimakan". Untuk makluman, nombor 10 ke atas boleh dicetak dengan angka. | Ejaan | 02.01.2014 |
Terdapat 35 spesies pegar dari 11 genera. Yang paling diketahui secara umum tersebar di seluruh dunia melalui introduksi. Beberapa spesies sangat populer sebagai hewan peliharaan, misalnya Pegar Emas. http://id.wikipedia.org/wiki/Burung_Pegar Adakah perkataan 'Pagar' di dalam peribahasa 'Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi' sebenarnya adalah 'Burung Pegar'? Logik juga, mana ada pagar yang boleh makan. Sama juga la dengan peribahasa 'Seperti Melepaskan Batok di Tangga'. Batok tu bukanlah bermaksud penyakit batuk, tetapi alat menceduk air yang digunakan untuk mencuci kaki sebelum naik (menggunakan tangga) ke dalam rumah. Jadi, adakah sebetuan peribasa ini yang sebenarnya ialah: 'Harapkan pegar, pegar makan padi'. Yang benar Hussaini Abdul Karim | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Mungkin ada benarnya 'Harapkan pegar, pegar makan padi' beranalogikan fakta pagar tidak boleh makan padi dan pada zaman dahulu pagar tidak memagari sawah padi. Namun sehngga kini tidak ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Begitu juga halnya dengan ungkapan 'Melepaskan batok di tangga' dikaitkan dengan adab orang Melayu yang akan membersihkan terlebih dahulu dengan menceduk air daripada tempayan menggunakan batok. Setelah digunakan batok dikembalikan ke tempat asal bukannya dibiarkan di atas tangga. Pendapat ini juga telah lama dibincangkan tetapi tidak ada dapatan yang mengesahkan kebenarannya. Peribahasa terakam dalam kepustakaan Melayu sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk peribahasa tetap dikekalkan. Peribahasa tidak seperti tatabahasa yang dapat dibuat kajian kerana sumber rujukan ada di persekitaran ilmu bahasa. | Lain-lain | 27.01.2012 |
Apakah ejaan bahasa melayu yang betul spesis atau spesies | Ejaan yang betul ialah spesies | Ejaan | 11.04.2017 |
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "roller" iaitu sejenis spesies burung? Contoh: Lilac breasted roller. | Istilah spesies burung ini ini tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapat padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 09.12.2016 |
MOHON SEMAKAN MAKSUD / TERJEMAHAN: MAKSUD 1- PENCEROBOHAN 2- BIOLOGI EJAAN DALAM BAHASA MELAYU : 1- SPESIES TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS KEPADA MELAYU 1- INVASIVE SPECIES 2- ASESSMENT | 1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat "pencerobohan" bermaksud perihal (perbuatan, tindakan) menceroboh, pencabulan. "Menceroboh" bermaksud 1. berbuat atau berlaku ceroboh (biadab, tidak senonoh, dan sebagainya). 2. masuk ke kawasan orang atau ke wilayah sesebuah negeri dan sebagainya tanpa kebenaran (dengan tujuan untuk mengganggu, mencabuli, melanggari, dan sebagainya): 2. Perkataan "biologi" adalah betul dan digunakan dalam bahasa Melayu. 3. Invasive Species - Spesies Invasif 4. Asessment - Penilaian/Taksiran | Istilah | 19.04.2016 |
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu, perkataan yang sesuai dalam ayat berikut, "Pemburuan/ Perburuan haiwan daripada spesies yang terancam perlu ditangani dengan segera." Pemburuan atau perburuan? Apakah perbezaannya? Terima kasih. | Untuk mencari perbezaan makna dan penggunaan kata pemburuan dan perburuan, lihat kata dasar kedua-dua kata itu. Pemburuan daripada memburu dan membawa maksud perihal mengejar atau menyusul untuk menangkap sesuatu, manakala perburuan daripada kata berburu yang bermaksud perihal mengejar untuk menangkap (membunuh) binatang liar. Dalam konteks ayat tersebut, penggunaan yang paling tepat ialah Pemburuan haiwan daripada spesies yang terancam perlu ditangani dengan segera. | Makna | 25.03.2015 |
Adakah wujud peribahasa buaya tembaga atau istilah tersebut hanya merujuk kepada spesies buaya sahaja? | Tiada peribahasa yang merujuk kepada buaya tembaga. Dalam data kami, buaya tembaga merupakan sejenis buaya yang nama saintifiknya Crocodilus porosus. | Lain-lain | 24.08.2015 |
maksud simbiosis | Istilah dalam bidang Biologi. Bermaksud perkaitan hidup antara dua spesies yang berlainan. | Makna | 27.02.2008 |
Salam 1 Malaysia 1. Perkara itu berlaku adalah disebabkan oleh salah faham antara mereka. 2. Berbagai-bagai spesies rama-rama dapat dilihat di taman itu. 3. Saya memerhatikan tingkah lakunya daripada tadi. Betulkah ketiga-tiga ayat di atas tuan. Terima kasih banyak-banyak... | Ayat pertama tidak perlu perkataan "adalah" sebelum perkataan "disebabkan". Perkara itu berlaku disebabkan oleh.... sudah mencukupi. Ayat 2 dan ayat 3 adalah betul. | Lain-lain | 21.08.2014 |