Ejaan spesies atau spesis yang tepat? spesies (spésis) golongan benda (binatang, tumbuh-tumbuhan, dll) yg mempunyai sifat yg sama atau bersamaan bangsa, jenis. Terima kasih | Ejaan yang betul ialah spesies. | Tatabahasa | 01.11.2017 |
Seandainya timbul keperluan,adakah wajar kita menghapuskan satu spesis untuk kelangsungan hidup satu spesis yang lain? | Mohon maaf, Soalan Sdr tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat DBP. Sdr dicadangkan merujuk pihak-pihak lain yang berkaitan. | Lain-lain | 14.08.2010 |
Apakah ejaan bahasa melayu yang betul spesis atau spesies | Ejaan yang betul ialah spesies | Ejaan | 11.04.2017 |
Apakah maksud 'lantana'? | Lantana ialah nama sekumpulan spesis bunga yang tumbuh di negara yang beriklim topika (terutama di negara-negara Afrika dan Amerika). | Makna | 01.11.2008 |
Mohon cadangan istilah yang sesuai bagi "fake stoop water flea", sejenis haiwan spesis krustasea. Terima kasih. | Istilah bidang biologi untuk water flea ialah telepuk, iaitu haiwan krustasia yang kecil dan terdapat di dalam kolam, tasik atau parit. Mohon tuan/puan memberikan penggunaan perkataan fake stoop water flea dalam contoh ayat. Mohon juga tuan/puan memberikan ayat sebelum dan selepas ayat yang mengandungi perkataan fake stoop water flea supaya boleh kami cadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 20.06.2019 |
Assalamualaikum, Saya nak tahu istilah dalam Bahasa Melayu dan Nama dalam Istilah Saintifik (famili & spesis) pokok berikut: Nama Pokok : Ibol (Bahasa Murut) Kegunaan : Untuk menghasilkan warna Hitam dicampur dengan arang untuk mewarna buluh. Terima kasih | Pihak DBP tidak menyimpan senarai nama pokok seperti yang diperlukan. Saudara boleh menghubungi Jabatan Pertanian atau Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar di tempat saudara. | Lain-lain | 01.03.2008 |
tidak pasti perkataan seperti berikut: penambahbaikan penguatkuasa dewan serbaguna hak milik/ hakmilik berkuatkuasa/ bekuat kuasa mengemaskini/ mengemas kini spesis/ spesies menambahbaik/ menambahbaik urusetia/ urus setia pergantungan/ penggantungan | Ejaan yang betul ialah penambahbaikan, menambah baik, urus setia, hak milik, dewan serba guna, pergantungan, kemas kini. | Ejaan | 15.10.2008 |
Apakah yang dimaksudkan dengan "HARIMAU NADIR" yang ditemukan dalam ensiklopedia apabila membuat carian kata "nadir"? | Maksud "Harimau Nadir" ialah spesis harimau yang jarang ada/ditemui dan termasuk haiwan yang dilindungi. | Istilah | 24.10.2017 |
Apakah kesalahan ejaan dan kesalahan penghunaan imbuhan dalam ayat di bawah? 1)Penemuan beberapa artifek di pulau itu terbukti bahawa pulau itu pernah mempunyai penghuni pada suatu ketika dahulu. 2)Mereka yang mengalami tiada masalah untuk menentukan ketulinan sesuatu barang yang terdapat di pasaran. 3)Pengkaji tersebut belum dapat pengesahan spesis haiwan yang dijumpai keletihan di belukar itu. | Kesalahan tatabahasa dalam ayat seperti yang digariskan. 1)Penemuan beberapa artifek di pulau itu terbukti bahawa pulau itu pernah mempunyai penghuni pada suatu ketika dahulu. 2)Mereka yang mengalami tiada masalah untuk menentukan ketulinan sesuatu barang yang terdapat di pasaran. 3)Pengkaji tersebut belum dapat pengesahan spesis haiwan yang dijumpai keletihan di belukar itu | Tatabahasa | 01.04.2014 |
Emak Khalid amat suka makan ikan air _________. A payau B tawar C manis D masam Adakah jawapan A payau betul? Perkataan ikan air payau ada tertulis di Utusan Malaysia online - "IKAN siakap putih atau nama saintifiknya Lates calcarifer dari keluarga Centropomidae merupakan spesis ikan air payau yang berupaya hidup di habitat air masin dan air tawar. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0530&sec=Agrobiz&pg=ag_04.htm#ixzz36sFL8p12 © Utusan Melayu (M) Bhd | Tuan/puan perlu berikan soalan yang lebih lengkap, mungkin disertakan dengan gambar atau sebagainya. Istilah ikan air payau memang wujud, contoh ikan siakap dan kerapu. | Lain-lain | 08.07.2014 |