Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata splash


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Apakah terjemahan tepat bagi istilah bahasa Inggeris "splash screen"? Splash screen merujuk kepada paparan grafik yang dipaparkan semasa sesebuah perisian baru dimulakan. Maklumat lanjut boleh diperoleh di sini: https://en.wikipedia.org/wiki/Splash_screen . Terima kasihKami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

splash screen - skrin tampil

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain29.01.2022
Apakah padanan kata "splash pad" dalam bahasa Melayu? "Splash pad" merupakan kawasan rekreasi dengan pancutan/semburan air (biasanya dari lantai) yang tidak bertakung yang sesuai untuk kanak-kanak bermain. Terima kasih.
Menurut data kami, tiada istilah khusus bagi "splash pad" dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, cadangan padanan yang sesuai bagi "splash pad" ialah "Kawasan percikan air rekreasi"
Istilah25.01.2017
Assalamualaikum, tuan/puan. Saya ingin menanyakan dua soalan. PERTAMA sekali, saya ingin menanyakan tentang istilah "splash screen", iaitu sebuah skrin/paparan yang muncul pertama kali sebaik sahaja kita membuka sesebuah aplikasi. Contoh yang paling dekat adalah pada aplikasi WhatsApp. Setelah kita menekan ikon aplikasi WhatsApp pada telefon pintar kita, akan keluar satu skrin yang memaparkan logo WhatsApp di tengah-tengah dan ada terlulis "from Facebook" di bawah. Itulah yang dipanggil "splash screen". NOTA: Tuan/puan mungkin perlu menutup aplikasi WhatsApp dengan menyingkirkannya daripada skrin "recents" supaya ia berhenti berjalan di latar dan membuka aplikasi tersebut semula untuk melihatnya. Untuk aplikasi lain, sama sahaja kebiasaannya. Ia akan memaparkan logo aplikasi tersebut di tengah-tengah sebelum ia membuka aplikasi sepenuhnya. Jadi, saya ingin mengetahui apakah istilah bagi "splash screen" tersebut dalam bahasa Melayu. KEDUA, saya ingin menanyakan tentang istilah "loading screen". Saya telah merujuk laman PRPM. Namun, tiada yang spesifik untuk istilah "loading screen". Kebanyakan istilah untuk komputer dinyatakan sebagai "pemuatan". Akan tetapi, bagi saya "skrin memuat" kedengaran lebih sesuai. Bagi pihak tuan/puan, adakah istilah yang sesuai bagi "loading screen" ialah "skrin pemuatan" atau "skrin memuat" atau ada istilah yang lebih sesuai. Saya inginkan pencerahan.Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

splash screen - skrin tampil
loading screen - skrin pemuatan

"pemuatan" merupakan proses memuatkan sesuatu kandungan atau pengisian.

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain03.09.2021
Apa terjemahan "backsplash"?Padanan bahasa Melayu bagi istilah back splash ialah penahan percikan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah22.11.2023
Assalamualaikum. Apakah terjemahan bahasa melayu yang sesuai untuk backsplash yang merujuk pada dinding di kawasan memasak di dapur? Terima kasih.Padanan istilah yang sesuai back splash ialah penahan percikan iaitu Plat atau panel yang diletak di belakang peralatan seperti dapur untuk menyokong dan menahan percikan ketika memasak.Istilah01.09.2020

Kembali ke atas