Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sponge


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya memerlukan pengesahan ataupun cadangan berkenaan terma bahasa inggeris iaitu " Sponge City ". Memerlukan nasihat berkenaan cadangan penggunaan terma bahasa melayu. di bawah saya kepilkan poster berkaitanTerjemahan bagi Sponge ialah "span atau bunga karang". Cadangan terjemahan bagi Sponge City ialah "Bandar Bunga Karang"Makna22.03.2022
Salam. Saya bekerja disyarikat roti. Kami ingin mengeluarkan produk baharu iaitu TIGER SKIN SPONGE CAKE WITH LAYERED FLAVOUR COFFEE, PANDAN, VANILLA. Adalah dengan ini saya ingin meminta bantuan untuk menterjemahkan nama ini ke dalam Bahasa Melayu untuk penjenamaan produk. Segala keprihatinan tuan amatlah kami hargai. Terima kasih.

Cadangan padanan terjemahan bagi TIGER SKIN SPONGE CAKE WITH LAYERED FLAVOUR COFFEE, PANDAN, VANILLA ialah KEK SPAN CORAK HARIMAU BERPERISA KOPI, PANDAN DAN VANILA.

Penyemakan dan penterjemahan26.11.2023
Padanan 'beauty blender', bolehkah jadi 'pengadun solekan'?Kami mencadangkan "beauty blender" dikekalkan ejaannya jika istilah ini merupakan jenama yang telah didaftarkan. Sekiranya bersesuaian dengan konsep yang sama, kami mencadangkan istilah "blending sponge" diterjemahkan sebagai "span pengadun". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah10.04.2022

Kembali ke atas