apa itu pembangunan lestari? | lestari-tetap spt sediakala (ttg keadaan sesuatu); tidak berubah. melestarikan membiarkan atau memelihara sesuatu supaya kekal spt sediakala (bkn hutan rimba dsb). pembangunan lestari=pembangunan tidak berubah... | Tatabahasa | 25.07.2012 |
maksud perkataan usrah | usrah Ar perkumpulan yg melibatkan kegiatan agama spt perbincangan tentang sesuatu tajuk agama, dsb: di kilang ini segala keperluan spt kenderaan utk mengikuti kuliah, ~, dan mendengar ceramah telah disediakan. | Tatabahasa | 07.08.2007 |
aerodinamik...?????? | 1. Ilmu sains yang mengkaji cara sesuatu benda bergerak melalui udara (spt kapal terbang, kereta dll) 2. berkenaan sesuatu benda ( spt kapal terbang, kereta dsb) yang mempunyai bentuk yang dapat melalui udara dengan mudah dan laju | Makna | 09.11.2006 |
apakah definisi kemajuan | Kemajuan ialah perihal maju (taraf hidup dll): kemajuan yg berkaitan dgn aspek kebendaan (spt kemajuan ekonomi); kemajuan yg berkaitan dgn aspek kerohanian (spt etika, moral, dsb). | Makna | 30.01.2010 |
Apakah beza dan peranan bagi kamus-kamus ini: 1) Kamus Dewan (edisi ke-4) 2) Kamus Dwibahasa (edisi tahun 2001 spt dalam katalog OPAC di laman web DBP) c) Kamus (dwibahasa) Inggeris-Melayu Dewan (edisi 2002 spt dalam katalog OPAC di laman web DBP) Adakah dari segi nama? atau pengguna? dsb? Terima kasih. | Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kamus ekabahasa(satu bahasa), kata masukan dan huraian dalam bahasa Melayu. Kamus Dwibahasa dan Kamus Inggeris Melayu Dewan ialah kamus dwibahasa(dua bahasa), kata masukan dalam bahasa Inggeris dan huraian dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 13.02.2008 |
Apakah pengertian Jenayah? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, jenayah ialah perbuatan ~ kejahatan (spt mencuri, merompak, membunuh, dll) yg salah di sisi undang-undang, perbuatan salah (di sisi undang-undang), perbuatan kriminil: polis menganggap perkara itu sbg satu perbuatan ~ yg nekad; ~ harta kejahatan yg bersangkutan dgn harta (spt mencuri, merompak, menipu, pecah amanah, dll); ~ kolar putih (perbuatan) jenayah yg dilakukan oleh mereka yg bertugas dlm bidang pengurusan (profesional dsb), biasanya oleh mereka yg berkedudukan penting dlm perkhidmatan awam (syarikat dll); ~ komputer jenayah yg dilakukan dgn menggunakan sistem komputer utk mencuri maklumat atau wang; kesalahan ~ kesalahan kerana melakukan perbuatan jenayah; | Makna | 07.06.2009 |
saya ingin bertanya mengenai definisi wacana,ungkapan wacana, jenis-jenis wacana, contoh ungkapan wacana dan juga kesesuaian penggunaan wacana dalam penulisan atau ucapan,terima kasih.. | Wacana bermaksud kesatuan fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah) atau tulisan (spt surat, artikel, novel, cerpen). Untuk maklumat lanjut sila rujuk tulisan/buku yang berkaitan. | Tatabahasa | 13.08.2008 |
Mohon penjelasan berkenaan penggunaan bahasa ini bagi mengklasifikasikan bangunan. 1. Bangunan 2. Wisma 3. Menara 4. Kompleks | bangunansesuatu yg dibangunkan (spt gedung, rumah, kedai, dll): ~ lama; wisma- 1. rumah; 2. bangunan yg di dalamnya terdapat ruang pejabat, kedai, dsb: W~ Persekutuan; W~ Yakin.
menara- bangunan atau bahagian bangunan yg tinggi utk sesuatu kegunaan tertentu, bahagian bangunan (spt masjid, gereja, dll) yg dibina jauh lebih tinggi drpd bahagian induknya; ~ api rumah api utk panduan kapal; ~ gading a) keadaan atau kedudukan yg tersisih drpd keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yg dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (spt universiti); ~ kawalan bangunan berbentuk menara di lapangan terbang tempat mengawal lalu lintas udara, terutamanya perlepasan dan pendaratan kapal terbang
kompleks- (kompléks) 1. rumit, sulit (tidak mudah atau jelas), mengandungi berbagai-bagai unsur (ciri dsb) atau perkara: masalah yg dihadapi tidak ~ dan akan dapat diatasi; masyarakat moden dgn cara hidup yg ~; masyarakat Malaysia memang ~ sifatnya dgn berbagai-bagai kaum dan suku bangsa, adat resam, bahasa, dan sebagainya; 2. kumpulan butir atau unsur atau gabungan pelbagai bahagian yg menciptakan (mewujudkan) sesuatu yg sempurna atau lengkap; 3. kumpulan bangunan atau binaan yg terdiri drpd beberapa binaan dsb yg bercantum menjadi suatu keseluruhan: ~ membeli-belah; rancangan membina sebuah ~ sukan di Ayer Keroh, Melaka; K~ Jemaah Haji di Kelana Jaya; 4. (Psi) perasaan (spt perasaan megah, rendah diri, dll) yg mempengaruhi sikap, perangai, keperibadian, dll seseorang: setelah mencapai kejayaan, timbullah ~ `aku pengarang' dan `aku wartawan'; 5. (Kim) sebatian yg satu molekulnya terangkai pd molekul lain melalui ikatan koordinat; ~ rasa bersalah (Psi) keadaan fikiran seseorang yg dihantui perasaan bersalah kerana telah terlanjur melakukan sesuatu kesalahan; ~ rendah diri (Psi) keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang merasai dirinya kurang penting, kurang dikagumi, tidak bijak dsb sehingga boleh mendorong ia bersikap agresif atau menyisihkan diri; ~ tinggi diri (Psi) keadaan fikiran yg memperlihatkan sikap seseorang yg berasa seolah-olah dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dsb drpd orang lain dan cenderung bersikap sombong diri atau angkuh
| Makna | 30.09.2009 |
Apakah makna lengkap bagi Emiritus spt. Prof. Emiritus Tan Sri Khoo Kay Kim. Penjelasan tepat bagi makna perkataan ini tidak terdapat dalam kamus-kamus DBP. Mohon dimasukkan dalam versi kemas kini akan datang. | Untuk makluman, ejaan yang betul ialah emeritus. Dalam Kamus Dewan edisi keempat. maksud emeritus ialah seseorang yang telah bersara tetapi mengekalkan gelarannya sebagai suatu penghormatan. Profesor emeritus bermaksud gelaran kepada profesor yang telah bersara sebagai suatu penghormatan. | Makna | 06.03.2013 |
rangup bermaksud mudah pecah (untuk Makanan spt keropok) tetapi rapuh bermaksud mudah pecah dan patah(untuk Bukan Makanan) , Betul? | Pandangan saudara boleh diterima. | Tatabahasa | 29.07.2013 |