Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Saya ingin memohon bantuan pihak DBP untuk menyemak sama ada terjemahan Bahasa Melayu berikut adalah betul. Petikan Bahasa Inggeris: "With Cagamas SRP Berhad's guarantee, does it mean customer(s) under the Scheme is only liable to the bank for 90% financing only? No, the customer(s) is liable to the bank for the full financing amount. The full financing amount could be up to 110% (for property purchase priced at RM300,000 and below) or up to 100% (for property purchase priced >RM300,000 to RM500,000). The guarantee only indemnifies the bank for any loss incurred as a result of financing above 90% level." Petikan Bahasa Melayu: "Dengan jaminan Cagamas SRP Berhad, adakah ini bermakna kewajipan pembayaran pelanggan di bawah Skim ini dihadkan kepada 90% nilai pembiayaan sahaja? Tidak, tanggungjawab pelanggan kepada bank adalah atas nilai pembiayaan penuh. Nilai pembiayaan penuh tersebut adalah sehingga 110% (untuk pembelian hartanah berharga RM300,000 dan ke bawah) atau sehingga 100% (untuk pembelian hartanah berharga >RM300,000 hingga RM500,000. Jaminan tersebut hanya melindungi bank yang terlibat daripada sebarang kerugian yang dialami akibat daripada pembiayaan yang melebihi aras 90%." | Padanan yang sesuai ialah, "Dengan jaminan Cagamas SRP Berhad, adakah kewajipan pembayaran pelanggan di bawah skim ini dihadkan kepada 90% daripada nilai pembiayaan sahaja? Tidak, pelanggan layak mendapat nilai pembiayaan penuh daripada bank sehingga 110% (untuk pembelian hartanah berharga RM300,000 dan ke bawah) atau sehingga 100% (untuk pembelian hartanah berharga lebih daripada RM300,000 hingga RM500,000. Jaminan tersebut hanya melindungi bank yang terlibat daripada sebarang kerugian untuk pembiayaan yang melebihi 90%." | Lain-lain | 19.09.2019 |
macam mana hendak menghantar borang permohonan untuk pk11.saya kurang faham | Assalamualaikum, Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar bersama-sama salinan Kad Pengenalan pemohon, salinan Kad Pengenalan ibu bapa, salinan Ijazah/Diploma/STPM/SPM/SRP/PMR dan sijil-sijil bagi kelayakan yang disyaratkan melalui pos kepada KETUA PENGARAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, JALAN DEWAN BAHASA, 50460 KUALA LUMPUR. (u.p.: KETUA BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA). | Lain-lain | 15.03.2020 |
Selamat petang, saya ingin bertanya. Dimanakah saya harus menghantar borang pemohonan kerja selepas mengisi borang tersebut? | Selamat pagi. Puan hendaklah menghantar borang permohonan yang telah lengkap diisi bersama-sama salinan Kad Pengenalan, salinan Kad Pengenalan ibu bapa, salinan Ijazah/Diploma/STPM/SPM/SRP/PMR dan sijil-sijil bagi kelayakan yang disyaratkan kepada: KETUA PENGARAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, JALAN DEWAN BAHASA, 50460 KUALA LUMPUR. (u.p.: KETUA BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA). | Lain-lain | 11.03.2020 |