Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata stakeholder


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan perkataan berikut ke dalam bahasa melayu? stakeholder stakeholder management stakeholder engagement Terima kasih.Terjemahan perkataan berikut dalam bahasa Melayu ialah:
stakeholder = pihak berkepentingan
stakeholder management = pengurusan pihak berkepentingan
stakeholder engagement = penglibatan pihak berkepentingan
Makna11.04.2022
Salam, Sayan ingin mengetahui Stakeholder Engagement dalam Bahasa Malaysia. Terima kasih.Istilah bahasa Melayu bagi Stakeholder ialah Pihak Berkepentingan, manakala Stakeholder Engagement ialah Perjanjian Pihak Berkepentingan.Istilah17.11.2011
Apakah terjemahan yang tepat bagi perkataan "stakeholder" dalam konteks Perjanjian Jualbeli tanah. Dalam konteks ini "stakeholder" memegang deposit yang dibayar oleh Pembeli sementara baki bayaran belian dijelaskan kepada Penjual.Terjemahan bagi "stakeholder" tersebut ialah pemegang amanah.Makna02.05.2014
Stakeholder dan stockholder dalam Bahasa MelayuBerdasarkan Kamus Inggeris Melayu Dewan, padanan stakeholder dalam bahasa Melayu ialah pemegang amanah harta manakala stockholder ialah pemegang saham.Istilah18.06.2009
Bolehkah saya menterjemah "stakeholder" dalam bahasa Melayu sebagai "Pemegang kepentingan"?Stakeholder ialah pemegang taruh atau pemegang amanah.Makna25.08.2006
Nama Jawatan 1) Head Strategy & Engagement Dan 2) Head Stakeholder Management dalam Bahasa MelayuCadangan terjemahan:

) Head Strategy & Engagement = Ketua Strategi dan Pelibatan
2) Head Stakeholder Management = Ketua Pengurusan Pihak Berkepentingan
Penyemakan dan penterjemahan21.02.2019
Mohon cadangkan nama Jawatan 1) Head Strategy & Engagement 2) Head Stakeholder Management dalam istilah Bahasa Melayu. Terima kasihCadangan terjemahan:

) Head Strategy & Engagement = Ketua Strategi dan Pelibatan
2) Head Stakeholder Management = Ketua Pengurusan Pihak Berkepentingan
Penyemakan dan penterjemahan21.02.2019
Saya memerlukan pengesahan tentang istilah stakeholder kerana saya dapati penerangan/jawapan yang ada di sini: https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=pemegang+taruh&d=175768&#LIHATSINI seolah-olah bercanggah antara satu-sama lain. Carian saya juga mendapati "pemegang taruh" sangat meluas digunakan dalam bidang pengurusan. Bolehkah saya tahu mana satu istilah yang sepatutnya digunakan (wajib/ pilihan). Terima kasih. Saya juga ingin cadangkan agar laman PRPM ini selalu dikemas kini. Jika ada perubahan semasa, padamkan semua entri lama / jawapan lama yang sudah obsolete/lapuk. Saya dapati banyak orang tersalah dan kekeliruan berlaku disebabkan terlalu banyak maklumat lapuk pada PRPM, temasuk pecanggahan pada laman-lama yang berbeza - bergantung pada cara carian dibuat. Dan menjadi masalah apabila orang-orang bidang bahasa berpegang pada sesuatu yang kurang tepat, hasil carian di PRPM. Harap cadangan ini mendapat pertimbangan sewajarnya. Terima kasih.

Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "stakeholder" ialah pemegang taruh dan pihak berkepentingan. Perkataan pemegang taruh digunakan dalam sesuatu pertaruhan atau perlumbaan manakala pihak berkepentingan digunakan dalam bidang pentadbiran.

Ribuan terima kasih atas cadangan puan dan kami sentiasa berusaha memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.

Istilah24.09.2021
selamat sejahtera, saya mohon bantuan tuan menterjemahkan perkataan berikut: 1. antecedent factor 2. moderating variable 3. mediating variable 4. stakeholder theory 5. strategic capabilities terima kasih1. antecedent factor - faktor sebelumnya/faktor luar jangka/faktor antesedan
2. moderating variable - pemboleh ubah sederhana
3. mediating variable - pemboleh ubah perantaraan 
4. stakeholder theory - teori pelbagai kepentingan
5. strategic capabilities - kemampuan strategi
Untuk makluman, istilah nombor 1. dan 2. ialah cadangan pihak kami kerana belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk kedua-dua istilah tersebut.
Istilah21.02.2013
mohon bantuan, istilah BM untuk stake holder.tkPadanan stakeholder ialah pemegang saham atau pemegang amanah.Istilah15.03.2012
12

Kembali ke atas