Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata stamping


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Hormat, Saya memerlukan istilah yang tepat bagi perkataan inggeris "Metal Stamping Part dan Metal Stamping dies" yang digunakan untuk pembuatan kenderaan. Mohon kerjasama sewajarnya.Salam Sejahtera. Menurut data kami, tiada istilah untuk perkataan inggeris Metal Stamping Parts dan Metal Stamping dies. Namun begitu, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu ialah Alat Ganti Tera Logam untuk Metal Stamping Parts dan Acuan Tera Logam untuk Metal Stamping dies.  Sekian. Terima kasih.Istilah24.07.2017
minta stamping untuk membuat lessen memohan , terima kasih.Untuk pengesahan iklan, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my , klik "e-perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Tuan perlu mendaftar untuk kali pertama dan ikuti prosedur seterusnya.Lain-lain01.10.2013
Salam. Saya ingin meminta pihak DBP untuk menterjemahkan makna perkataan STAMPING ke dalam bahasa Malaysia. Ia bertujuan untuk memohon lesen perniagaan kilang tempat saya bertugas.Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "stamping" ialah tekan tera.  Tekan tera bermaksud 
1. Proses menghasilkan imej pada kertas dengan mengecap secara mekanikal atau dengan tangan. 
2. Proses membentuk sesuatu kepingan logam, plastik dan sebagainya dengan menggunakan hentakan atau tekanan yang kuat.
Istilah04.03.2014
saya ingin membuat pengesahan ayat pada papan iklan untuk kilang tempat saya bekerja. Tujuannya untuk mohon lesen dari majlis bandaraya johor bahru. ayat nya ... ( kilang membuat tapak barang elektronik ) dalam bahasa inggeris STAMPING. sesuai atau tidak. Kalau tidak mohon DBP cadangkan nama yang sesuaiKami cadangkan keterangan aktiviti syarikat tuan ialah "Kilang Acuan Barangan Elektronik".Tatabahasa20.04.2012

Kembali ke atas