Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : 3. degree of excellence, standard: a newspaper that maintains the high ~s set by its founder, akhbar yg mengekalkan standard yg tinggi, yg telah diasaskan oleh pengasasnya; the boy’s work is not up to ~, hasil kerja budak itu tdk mencapai standard; to set high ~s, menentukan standard yg tinggi; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 5. of authority, undisputed value or competence, berwibawa, standard: a ~ reference book, buku rujukan yg standard; the ~ work on tropical fishes, karya yg berwibawa ttg ikan-ikan tropika; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 7. (formerly) grade in primary schools, darjah: her son is only in ~ five, anaknya baru dlm darjah lima; 8. well-established popular song, lagu suka ramai: the singer presented a programme of ~s, penyanyi itu menyampaikan lagu-lagu suka ramai. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 6. upright pole that serves as support, tiang: the workmen are erecting the ~s for the power line, pekerja-pekerja itu sedang menegakkan tiang utk kabel elektrik; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 5. flag, banner, bendera; (mil) panji(-panji): the Queen’s S~, Bendera Diraja; the ~ of the artillery unit, panji unit meriam; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 4. (often in pl) moral principle, prinsip moral: by his ~s he had done nothing wrong, menurut prinsip moralnya, dia tdk melakukan apa-apa kesalahan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. level of attainment, taraf: ~ of living, taraf hidup; the men have reached a high ~ of efficiency, pekerja-pekerja itu telah mencapai taraf kecekapan yg tinggi; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : b. (fig.) ukuran: there is no absolute ~ by which one can judge the morality of others, tdk ada ukuran mutlak bagi seseorang utk menentukan norma kesusilaan orang lain; by Asian ~s, mengikut ukuran orang Asia; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. st accepted or recognised as measure for weights, accuracy, quality, etc, a. piawai: the official ~ for weights and measures, piawai rasmi utk timbangan dan ukuran; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. regular, biasa: the ~ and the de luxe models of the car are available now, model biasa dan model istimewa kereta itu boleh dibeli sekarang; a ~ sales and purchase agreement, perjanjian jual beli yg biasa; the ~ size of a door, ukuran biasa pintu; to charge the ~ fee, mengenakan bayaran biasa; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. of the usual, customary, accepted kind, biasa, lazim (approp v): this is ~ practice in legal circles, ini amalan biasa di kalangan peguam; the television is a ~ feature in today’s homes, peti televisyen biasa terdapat di rumah-rumah sekarang; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 4. regarded as correct, acceptable, baku, standard: ~ English, bahasa Inggeris baku; ~ pronunciation, sebutan baku; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. conforming to a standard, piawai: most countries now take the metre as the ~ unit of length, sekarang ini kebanyakan negara menggunakan meter sbg ukuran piawai; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata standard


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Nombor yang berwarna merah menyatakan "standard pembelajaran" dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). 2. Dalam KSSR ada kriteria untuk mengukur setiap "standard kandungan". Adakah ungkapan “standard pembelajaran” dan "standard kandungan” persis?Dari aspek bahasa "standard kandungan" dan "standard pembelajaran" membawa maksud yang berbeza. Walau bagaimanapun ada kemungkinan kedua-dua ungkapan tersebut merujuk perkara yang sama jika kementerian berpendapat pembelajaran berasaskan kandungan yang telah disediakan. Oleh itu, sila rujuk dengan pihak Kementerian Pelajaran untuk kesahihan penggunaan ungkapan tersebut.Makna21.04.2012
Apakah maksud “standard input” dan standard output?Kedua-dua standard itu boleh ditetapkan atau tidak?Standard input dan standard output boleh ditetapkan bergantung pada piawaian yang ditetapkan.Lain-lain09.07.2022
Yang mana lebih tepat dari segi tatabahasa. Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau Kurikulum Sekolah Rendah Standard.Kurikulum Standard Sekolah Rendah bermaksud kurikulum yang standard bagi sekolah rendah; manakala Kurikulum Sekolah Rendah Standard bermaksud kurikulum sekolah rendah yang standard. Kami berpandangan Kurikulum Sekolah Rendah Standard lebih tepat kerana yang diperkatakan adalah tentang kurikulum sekolah rendah.Tatabahasa05.12.2016
Perkataan 'standard' dalam bahasa malaysia bagi ayat berikut. -Penganjuran majlis hendaklah menepati peraturan dan protokol yang standard.Perkataan standard diterima dalam bahasa Melayu. Sila layari standard">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=standard untuk makna standard.Tatabahasa10.09.2013
Adakah akronim inggeris "SOP" sesuai untuk diguna dalam Bahasa Melayu?

Cara penulisan yang betul dalam bahasa Melayu ialah Prosedur Operasi Standard (Standard Operating Procedure, SOP). Ayat yang seterusnya boleh digunakan “SOP” sahaja.

Lain-lain02.11.2025
Assalamualaikum w.b.t. Adakah perkataan "standard" boleh digunakan sebagai perkataan bahasa melayu? Terima kasih.Perkataan standard diterima dalam bahasa Melayu. Sila layari standard" Search.aspx?k="standard</A"> untuk makna standard.Tatabahasa11.12.2013
Mohon pencerahan, jika nama standard seperti Standard Accounting System for Goverment Agencies (SAGA) yang ditulis dalam sesuatu penulisan, adakah perlu italic.

Salam puan yang budiman,

Huruf condong digunakan untuk menunjukkan ada sesuatu yang berlainan atau istimewa tentang perkataan atau frasa yang berkenaan. Selain itu, huruf condong digunakan bagi perkataan bahasa asing yang terdapat dalam teks bahasa Melayu. Huruf condong turut digunakan untuk mencetak judul buku dan penerbitan lain dalam teks.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2024), hlm. 152 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), hlm. 848.

Lain-lain21.04.2026
busines dalam BMtidak standard- yang standard perniagaanMakna04.05.2007
Dalam satu bahan taklimat tentang Kurikulum Standard Sekolah Rendah, ada ayat “Memastikan semua murid melepasi piawai standard yang ditetapkan.” Adakah ungkapan “piawai standard” diterima pakai oleh DBP?Perkataan piawai dan standard mempunyai makna yang setara. Oleh itu, perkataan "piawai standard" tidak digunakan secara berurutan dalam satu frasa/ayat.Tatabahasa01.05.2012
Pertanyaan. Apakah istilah sebenar bagi SOP (Standard Operating Procedures)? Di dalam PRPM memberikan hasil gelintaran berikut iaitu tatacara operasi standard tetapi di kebanyakan akhbar pula menggunakan Prosedur Operasi Standard. Mohon kepastian.Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan istilah Prosedur Kendalian Standard, walau bagaimanapun tidaklah menjadi suatu kesalahan jika menggunakan istilah Prosedur Operasi standard.Istilah02.11.2011
12345678910...

Kembali ke atas