Selamat sejahtera. Saya ingin mendapatkan terjemahan bagi 'Standards of Conduct' dalam konteks undang-undang. Terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "Standards of Conduct" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Standard Kelakuan. | Istilah | 15.09.2015 |
Assalammualaikum/Salam Sejahtera. Saya ada pertanyaan.. Bank regulators, worried about bank failures, were tightening their standards, trying to make sure the banks did not make bad loans. Apakah terjemahan yang tepat bagi perkataan "bad loan"?Adakah pinjaman yang buruk? Sekian,Terima Kash. | Waalaikumussalam. Menurut data kami, tiada istilah Bahasa Melayu untuk bad loan. Namun begitu, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk bad loan ialah pinjaman yang tidak berbayar. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 07.10.2017 |
Saya ingin memohon pengesahan pihak DBP keatas iklan papantanda syarikat seperti dilampiran. Untuk makluman tuan, 'AXA AFFIN redefining / standards' adalah 'tagline' syarikat. **mohon maaf kerana tidak meggunakan portal pengesahan bahasa. Telah mencuba selama 2 hari tapi tidak berjaya masuk ke e-mail. | Sila masuk menggunakan DBP Khidmat Pengesahan Bahasa. Pengesahan tidak dapat dilakukan di laman ini. Jika menghadapi masalah, hubungi DBP dan nyatakan masalah teknikal yang dihadapi. | Lain-lain | 23.10.2012 |
Adakah penggunaan perkataan "diwara" di dalam ayat berikut betul atau salah? Atau adakah saya sepatut menggunakan perkataan "diuar-uar" Ayatnya adalah : "Polisi Perakuanan yang dicadang adalah selaras dengan polisi–polisi yang dilulus dan diwara oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (Malaysian Accounting Standards Board (MASB)) untuk pihak swasta." | Puan Aisya,Ayat di bawah ini merupakan cadangan pihak kami dengan mengedit ayat puan adalah seperti yang berikut: "Polisi Perakaunan yang dicadangkan oleh ........(mohon diberitahu pihak yang mencadangkan polisi ini) adalah selaras dengan polisi–polisi yang telah diluluskan dan diwartakan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (Malaysian Accounting Standards Board (MASB)) untuk pihak swasta." Dalam konteks ayat puan, penggunaan kata diuar-uar dan wara kurang tepat. Hal ini kerana, kata diuar-uar/wara membawa maksud pengumuman yang dibuat dengan meneriakkannya kuat-kuat. Tambahan pula, polisi perakaunan merupakan peraturan atau dasar bukannya program yang perlu diuar-uarkan kepada orang ramai, memadailah dengan mewartakannya. Kata warta sering kali digunakan dalam laras bahasa undang-undang. | Tatabahasa | 24.04.2009 |
Salam sejahtera, Bolehkah "Archer policy" diterjemahkan sebagai "Dasar Archer"? Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Contoh ayat: RSA Archer® Policy Program Management provides the framework to help organizations establish a scalable and flexible environment to manage corporate and regulatory policies and ensure alignment with compliance obligations. This includes documentation of policies and standards, assigning ownership and mapping policies to key business areas and objectives. Sumber: https://community.rsa.com/docs/DOC-32957 Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih. | Menurut carian kami, ARCHER merupakan kata nama khas yang mempunyai tanda R. Ejaan nama tersebut dikekalkan. Penggunaan Dasar Archer boleh digunakan bagi padanan Archer Policy. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.01.2018 |
Apakah terjemahan yang terbaik untuk ' Substance Requirements' ? (Ekonomi) Ini bukan bahan. Ia merujuk kepada keperluan fizikal ekonomi di Labuan Contoh ayat: The substance regulation was gazetted on 31 December 2018 and took effect on 1 January 2019. With the amendments made to Labuan legislations, FHTP has concluded that Labuan IBFC is in compliance with the FHTP’s standards and not harmful. | Tiada istilah khusus untuk "Substance Requirements" namun "Substance Requirements" bermaksud keperluan fizikal ekonomi. | Istilah | 27.08.2019 |
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Saya pembantu penyelidik UPM yang menjalankan kajian mengenai sosialisasi perundangan . Saya ingin bertanya mengenai daftar Bahasa Inggeris yang ingin dialih bahasa ke Bahasa Melayu. 1.legitimacy of the law, 2.cynicism about the legal system 3.moral disengagement Legitimacy of the law - merujuk kepada ( the feelings of obligation to defer to the rules and decisions associated with legal institution and actors ) Cynicism about the legal system - merujuk kepada ( the legal system or the law is the sense in which the people are acting in ways that are outside the law and community norms and they felt that such conduct is reasonable ) Moral disengagement - merujuk kepada ( the separation of conduct from moral standards relevant to the conduct ) | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1.legitimacy of the law - keesahan undang-undang 2.cynicism about the legal system - kesinisan terhadap sistem undang-undang 3.moral disengagement -pembebasan moral | Istilah | 14.11.2016 |