| Adakah terjemahan ini betul? United States Minor Outlying Islands - Negara Kepulauan Terpencil Minor Amerika Syarikat | Pihak kami mencadangkan terjemahan yang lebih sesuai bagi perkataan United States Minor Outlying Islands iaitu Kepulauan Kecil Terpencil Amerika Syarikat. | Lain-lain | 13.11.2019 |
| Salam sejahtera. Apakah istilah yang sesuai bagi menerangkan "Mid-Atlantic states" iaitu satu kawasan di Amerika Syarikat. Terima kasih. | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "Mid-Atlantic States" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Negara Atlantik Tengah. | Istilah | 16.04.2014 |
| Apakah istilah "Attending Physician" dalam Bahasa Melayu? "In the United States and Canada, an attending physician (also known as an attending, rendering doc, or staff physician) is a physician (M.D. or D.O.) who has completed residency and practices medicine in a clinic or hospital, in the specialty learned during residency.[1] An attending physician typically supervises[2] fellows, residents, medical students, and other practitioners. Attending physicians may also maintain professorships at an affiliated medical school." | Terjemahan bagi physician ialah doktor, pelatih perubatan atau pakar perubatan. Cadangan terjemahan bagi Attending Physician ialah "Pakar Perubatan Bertugas" | Makna | 21.03.2022 |
| 1. Salam tuan/puan. Apakah padanan dalam bahasa Melayu yang paling sesuai untuk "Their Highnesses the Rulers of the Malay States "? Setakat ini tiada lagi dalam mana-mana perundangan tetapi dalam Federal Constitution terdapat perkataan Their Royal Highnesses = Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja"? Mohon pandangan tuan/puan. 2. Apakah padanan dalam bahasa Melayu yang paling sesuai untuk "Crown"? Carian saya mendapati "Crown Agents" diterjemah sebagai Ejen Pemerintah tetapi tiada padanan untuk "Crown" sahaja. 3. Perkataan "thereby reserved" adakah bersesuai padanan bahasa Melayu dengan "diberikan maksud itu? | 1. 1. Gelaran yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan telah termaktub dan tidak boleh diubah. 2. 2. Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, halaman 331, crown membawa maksud mahkota dan takhta kerajaan. 3. 3. Sila nyatakan konsep atau konteks ayat menggunakan perkataan thereby reserved agar pihak kami dapat memberikan cadangan padanan yang sesuai. Untuk makluman, pihak DBP tidak membuat kerja-kerja penterjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila terjemahkan perkataan atau ayat bahasa asing tersebut dalam bahasa Melayu untuk semakan kami.
| Penyemakan dan penterjemahan | 03.10.2023 |
| Salam sejahtera. Apakah padanan BM yang sesuai bagi istilah "multi-nation state"? Contoh: India, Indonesia, Myanmar and Malaysia are glaring examples of multi-nation states. Terima kasih. | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa multi-nation state ialah negara berbilang bangsa. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.12.2023 |
| Adakah peranan atau nama jawatan perlu dieja dengan huruf besar? Contohnya, perdana menteri atau Perdana Menteri? Dalam Bahasa Inggeris, pekerjaan/peranan tidak perlu diletakkan huruf besar. Contohnya, "Obama was the president of the United States. Tetapi jika jawatan digunakan sebagai gelaran, iaitu "President Obama", barulah huruf besar digunakan. Bagaimana dengan Bahasa Melayu? | Perdana Menteri adalah kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar. | Ejaan | 15.06.2020 |
| Salam tuan/puan, Apakah padanan istilah yang pihak tuan/puan boleh cadangkan bagi istilah "community rolling action plan"? Yang berikut adalah definisinya: The Community rolling action plan indicates substances for evaluation by the Member States in the next three years and is updated each year in March. The evaluation aims to clarify the initial concern that the manufacture and/or use of these substances could pose a risk to human health or the environment. Cadangan terjemahan saya ialah pelan tindakan daftar komuniti/ pelan tindakan daftar bahan-bahan. Sekian, terima kasih. | Waalaikummussalam. Dalam konteks definisi yang diberikan, pelan tindakan daftar bahan lebih sesuai digunakan. (Tidak perlu perkataan “bahan” diulangi). Terima kasih. | Istilah | 22.06.2017 |
| salam. apakah terjemahan yang sesuai utk terma-terma berikut: 1. trait personality 2. neuroticism 3. extraversion 4.conscientiousness 5. opennes to experience 6. agreeableness. 7. learning experience 8. conformity to gender role norms 9. sensing 10. intuition 11.mastery experience 12. vicarious experience 13. social persuasions 14. physiological states 15. outcome expectation 16. body of knowledge 17. type indicator terima kasih. t.kasih. | Dalam bidang perubatan paranoid personality trait diterjemahkan kepada trait personality paranoid, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=trait+personality+ untuk maklumat lanjut, neuroticism diterjemahkan kepada neurotisisme, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=neuroticism dan extraversion diterjemahkan kepada ekstraversi, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=extraversion. Untuk nombor 4 hingga 17, sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang diperlukan dalam ruangan Carian Spesifik, tuan akan lihat data daripada kamus dan istilah. Soalan yang tidak ada dalam pangkalan data kami bolehlah ditanyakan dalam Khidmat Nasihat Bahasa dan jelas kan konsep perkataan tersebut untuk kami cadangkan padanan yang sesuai. | Tatabahasa | 27.06.2013 |
| Mengapakah kata nama khas seperti nama negara tidak perlu diterjemahkan ke bahasa Melayu seperti United Kingdom ke Kerajaan Bersatu dan sekiranya wujud hukum bahasa ini jadi mengapa negara seperti Yaman, Yunani, Amerika Syarikat serta Emiriyah Arab Bersatu mempunyai nama khas yang nyatanya telahpun diterjemah dari nama asalnya (Yemen,Greece,United States dan United Arab Emirates), jika tidak wujud hukum ini maka penerjemahan nama khas adalah berdasarkan fonologi ataupun penterjemahan terus? (United Kingdom > Unaited Kingdem ATAU Kerajaan Bersatu) | Nama-nama bagi negara, negeri, daerah mahupun tempat adalah mengikut pengesahan yang telah diisytiharkan oleh badan-badan tertentu dalam satu-satu keadaan yang tertentu dalam masa-masa yang tertentu. Tidak ada panduan yang khusus untuk pengisytiharan satu-satu nama tersebut. Nama-nama ini hamper terkecuali daripada hukum-hukum dan pola bahasa dan penterjemahan. Ambil Contoh nama Ayer Keroh, Burma atau Myanmar, Tobago and Trinidad dan Isle of Trinidad juga negeri atau tempat baharu yang baru merdeka seperti Montenegro, Timor-Leste atau East Timor. Keadaan politik amat mempengaruhi kewujudan atau penamaan negeri-negeri dan tempat-tempat ini. Satu perbahasan atau penyelidikan mungkin diperlukan jika saudara mahu mendapatkan jawapan perihal soalan yang dikemukakan. Terima kasih. | Lain-lain | 17.05.2018 |
| Saya tidak faham kata nama khas boleh diubah seperti Amerika Syarikat (America), Penang (Pulau Pinang), Johore Johor), Klang Valley (Kuala Lumpur), Perancis (France)... perkara ini diterima pakai dalam penulisan umum. | Apa yang berlaku bukanlah perubahan pada nama khas yang tersebut tetapi penggunaan dalam dua bahasa yang berbeza seperti United States of Amerika dalam bahasa Melayu ialah Amerika Syarikat, Penang dalam bahasa Melayu ialah Pulau Pinang dan Klang Valley dalam bahasa Melayu ialah Lembah Klang. | Ejaan | 14.02.2012 |