| Hi DBP Team, Saya ingin bertanya, apakah maksud "stay agile" dalam contoh ayat ini: "To help increase their exposure and stay agile in rapidly changing markets" Terima kasih ya. | Perkataan agile boleh diterjemahkan sebagai cerdas, lincah, pantas, cepat dan tangkas. Puan boleh sesuaikan mengikut konteks ayat. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.05.2019 |
| sometimes we need to stay betul tak english saya | Untuk makluman, DBP tidak memberi khidmat nasihat mengenai penggunaan bahasa Inggeris. DBP hanya memberikan khidmat nasihat mengenai penggunaan bahasa Melayu. | Lain-lain | 08.10.2013 |
| Mohon semakan terjemahan Have a safe and sound stay in here. Semoga awak menikmati percutian yang selamat di sini. | Kami hanya menyemak penggunaan kata dan ayat dalam Bahasa Melayu. Semoga anda selamat dan menikmati percutian di sini. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.11.2017 |
| 1)Apakah sebutan perkataan -beratur ? ( ber.a.tur )stay (be.ra.tur ) 2) Apakah maksud -nya ? Adakah juga membawa maksud mereka ? Terima kasih. | 2. Sebutan yang betul ialah be.ra.tur. 2. Beratur sama maksudnya dengan tersusun. | Tatabahasa | 11.10.2012 |
| Assalamualaikum. Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan 'private' dalam ayat ini: 'Your calls stay private with end-to-end encryption'. Adakah terjemahan ini betul: 'Panggilan anda kekal tertutup dengan penyulitan menyeluruh'. Terima kasih. | Perkataan "private" dalam ayat yang dikemukakan sesuai diterjemahkan sebagai "sulit". | Makna | 27.08.2019 |
| Adakah perkataan "suri rumah" boleh digunakan untuk lelaki? Sekiranya tidak boleh, adakah terdapat istilah lain yang digunakan untuk "house husband" atau "stay-at-home husband"? Sekiranya belum ada istilah khusus, apakah istilah yang pihak DBP boleh cadangkan untuk digunakan? Terima kasih. | Untuk makluman tuan, belum ada padanan istilah bahasa Melayu untuk house husband. Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah house husband ialah nara rumah. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu. | Istilah | 30.10.2025 |
| Apakah istilah yang sesuai bagi "service apartment"? Contoh konteks: "A service apartment is a fully furnished apartment available for short-term or long-term stay, providing hotel-like amenities such as room service, house keeping, a fitness center, and a laundry room." | Menurut data kami, padanan yang sesuai ialah pangsapuri servis atau apartmen servis. | Lain-lain | 14.10.2018 |
| Salam sejahtera ! Mohon tistilah bahasa Melayu bagi perkataan berikut yang sering digunakan dalam pembelajaran abad ke-21 1. Round table 2.Think-pair-share 3.hot seat 4.role-play 5.gallery walk 6. three stray, one stay Trima kasih. | Padanan bagi istilah berkenaan adalah sepeti yang berikut: 1. round table = meja bulat 2. think-pair-share = fikir-pasang-kongsi 3. hot seat = kerusi panas 4. role-play = main peranan 5. gallery walk = jalan galeri 6. three stray, one stay = satu tetap tiga lilau
| Istilah | 27.12.2017 |
| Kepada Tuan/Puan yang dihormati, Saya ingin tanya, " Kita perlu bersenam untuk menjaga kesihatan. Tambahan pula, kita harus mengambil makanan yang seimbang Dan berkhasiat." Penggunaan penanda wacana"Tambahan pula" dalam perenggan ini betul stay salah. Sebab ada pihak yang kata bahawa "Tambahan pula" tidak boleh digunakan sebagai permulaan dalam sesuatu ayat. | Tambahan pula bermaksud lebih-lebih lagi dan tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat yang berikut. Ayat pertama dan kedua bersifat setara dan lazimnya kata sendi nama dan atau serta digunakan dalam konteks yang berikut, seperti "Kita perlu bersenam dan mengambil makanan yang seimbang serta berkhasiat untuk menjaga kesihatan". | Tatabahasa | 28.10.2022 |
| Mengikut saranan nasihat yang terdahulu, "untuk" boleh digunakan pada pangkal ayat, tapi semua contoh yang diberikan sama iaitu "Untuk makluman…" Bagi terjemahan ayat bahasa Inggeris di bawah, bolehkah "untuk" digunakan di pangkal ayat atau ayat tersebut perlu diubah susunannya? To stay aloft and travel long distances, he must learn to ride the wind. Terjemahan yang sesuai: 1) Kondor perlu belajar meluncur angin untuk kekal terapung dan mengembara jauh. 2) Untuk kekal terapung dan mengembara jauh, kondor perlu belajar meluncur angin. Adakah ayat (2) salah dari segi tatabahasa? Terima kasih. | 1. Kondor perlu belajar meluncur angin untuk kekal terapung dan mengembara jauh. 2. Untuk kekal terapung dan mengembara jauh, kondor perlu belajar meluncur angin. Kedua-dua ayat ini betul, ayat pertama susunan biasa dan ayat kedua susunan songsang. Perkataan "untuk" pada pangkal ayat, lazimnya digunakan dalam susunan songsang. | Tatabahasa | 02.02.2022 |