Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : abbrev std. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata std


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kenapa pencarian terjemahan untuk 'sexually transmitted disease' gagal menemukan jawapan 'penyakit kelamin'. Saya rasa 'penyakit hubungan jenis' tidak begitu tepat untuk terjemahan bagi STD.

Dalam data rujukan kami, padanan istilah 'sexually transmitted disease' ialah penyakit hubungan jenis. STD ialah penyakit yang hanya boleh dijangkiti dengan melakukan aktiviti hubungan seks. Antara penyakit yang biasa dijangkiti akibat hubungan seks terutamanya melalui hubungan seks rambang ialah klamidia, gonorrhea, herpes, sifilis dan HIV/AIDS. Kebanyakan pesakit ini jarang menampakkan simptom-simptomnya. Kajian menunjukkan bahawa 90% daripada remaja perempuan menjangkakan bahawa mereka tidak akan dijangkiti STD tetapi apabila diperiksa 18 bulan kemudian, didapati satu daripada empat orang telah dijangkiti penyakit klamidia atau gonorrhea.

Penyemakan dan penterjemahan13.12.2019
Saya mohon pihak DBP untuk menyemak berhubung terjemahan tajuk penyelidikan yang saya dan ahli kumpulan penyelidikan saya terjemahkan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu seperti yang dinyatakan berikut: Tajuk penyelidikan dalam Bahasa Inggeris: “Perceptions on risk behaviours and health seeking associated with HIV/STD among transgender women and men have sex with men (MSM)” Terjemahan tajuk penyelidikan ke dalam Bahasa Melayu: Persepsi berhubung tingkahlaku berisiko dan pencarian maklumat kesihatan yang dikaitkan dengan HIV/STD dalam kalangan wanita transgender dan lelaki yang mempunyai hubungan seks dengan lelaki (Men have sex with men)"Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan tuan, kami mencadangkan tajuk penyelidikan ini diterjemahkan kepada:

Persepsi terhadap risiko tingkah laku dan kesihatan yang mempunyai kaitan dengan HIV/STD dalam kalangan transgender dan homoseksual.
Penyemakan dan penterjemahan24.01.2020
Saya ingin mendapatkan terjemahan yang tepat dalam Bahasa Melayu untuk tajuk penyelidikan saya yang berbunyi "Perceptions on risk behaviours and health seeking associated with HIV/STD among transgender women and menhave sex with men (MSM)". Mohon bantuan daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih.Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menawarkan khidmat terjemahan daripada bahasa asing ke bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, encik boleh menterjemahkan tajuk tersebut dan menghantar kepada kami untuk semakan penggunaan bahasa Melayu.Lain-lain17.01.2020
SALAM SEJAHTERA, 1. ADAKAH DBP BERKERJASAMA DENGAN ITNM. JIKA ADA, APAKAH BENTUK KERJASAMA DAN PROGRAM YG PERNAH DILAKSANAKAN? 2. APAKAH PROGRAM TERBARU DBP? TERIMA KASIHUntuk makluman sdr ITNM dan DBP merupakan agensi Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekiranya sdr ingin maklumat lanjut, mohon hubungi 
std">Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad,. (Malaysian National Institute of Translation). Wisma ITNM, No 2, Jalan 2/27E, Seksyen 10, Wangsa Maju ...
www.itnm.com.my/ -
Lain-lain15.05.2008

Kembali ke atas