Tuan/Puan, Apakah terjemahan "embryonic stem cell" dalam bahasa Melayu? Adakah semua di bawah ini boleh digunakan? 1) sel dasar embronik 2) sel tunjang embronik 3) sel induk embronik 4) sel stem embronik Terima kasih. | Untuk makluman, terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "stem cell", iaitu sel dasar, sel tunjang dan sel induk. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang betul ialah sel dasar embrionik, sel tunjang embrionik atau sel induk embrionik. | Istilah | 17.06.2013 |
Apakah terjemahan yang sesuai untuk (1) "acupresure"? Akutekanan atau akupresur? (2) stem cell? sel stem atau sel tunjang? Terima kasih atas bantuan. | Kami mencadangkan terjemahan yang boleh digunakan bagi istilah “acupressure” ialah “akutekanan” mengikut konteks ayat yang sesuai. Bagi istilah “stem cell” pula terdapat beberapa padanan bahasa Melayu iaitu “sel tunjang”, “sel batang” dan “sel stem". Untuk maklumat lanjut, tuan boleh membuat carian melalui laman sesawang kami iaitu prpm.dbp.gov.my. | Istilah | 01.02.2021 |
PERKATAAN ENGLISH ENGRAFTMENT DALAM BAHASA MELAYU "Engraftment is when transplanted stem cells enter the blood, make their way to the bone marrow and start making new blood cells. It usually takes about 2 to 6 weeks to start seeing a steady return to normal blood cell counts" | Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi istilah "engraftment". Walau bagaimanapun, pihak DBP akan maklumkan kepada tuan jika ada istilah sesuai yang dikenal pasti. | Istilah | 14.05.2019 |