Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? Kalau tidak, sila berikan pembetulannya. Terima kasih. 1 Stesen-stesen minyak di bandar-bandar semakan bertambah. [bolehkah stesen-stesen minyak dan banda-bandar digunakan bersama-sama seperti ayat ini.] 2 Nama-nama peserta-peserta sudah kami sediakan. [Yang manakah betul: Nama-nama peserta atau nama peserta-peserta. | Ayat yang betul: 1 Stesen minyak di kawasan bandar semakan bertambah. 2 Nama/senarai peserta sudah kami sediakan. | Tatabahasa | 16.10.2015 |
Hello cikgu, minta tanya beberapa rangkai kata berikut sama ada gramatis atau salah; 1. kelawar-kelawar = adakah perkataan ini wujud? dan betul menunjukkan kelawar yang banyak? 2. stesen-stesen minyak = adakah penggunaannya wujud? 3. sektradsisi = adakah perkataan ini wujud? 4. apakah perbezaaannya "pertunjukkan budaya" dan "persembahan budaya", manakah penggunaan yang sesuai? sekian terima kasih! | 1. Perkataan kelawar boleh dijamakkan untuk menunjukkan banyak kelawar, begitu juga dengan perkataan stesen-stesen minyak - menunjukkan banyak stesen minyak. 3. Kata sektradsisi tidak ada dalam sumber rujukan kami. 4. Pertunjukan budaya dan persembahan budaya, sama makna kedua-duanya. | Tatabahasa | 26.07.2010 |
Bagaimanakan proses untuk saya mendapatkan pengesahan pihak DBP berkaitan papan tanda iklan di preusahaan stesen minyak bagi tujuan permohonan lesen perniagaan Majlis Perbandaran? Bolehkan pihak DBP cawangan endorsed pada lampiran gambar papan tanda iklan tersebut? | Untuk makluman, terdapat 2 cara untuk mendapatkan pengesahan daripada DBP. Pertama, datang ke DBP dengan membawa visual iklan. Kedua boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa. Bayaran akan dikenakan mengikut jenis iklan. | Lain-lain | 06.07.2017 |
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apakah nama jawatan bagi pekerja di stesen minyak yang membantu mengisi minyak. Adakah atendan pam, atau kelindan? Terima kasih | Untuk makluman, jawatan tersebut tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Akan tetapi, frasa yang paling hampir ialah pembantu pam minyak. | Lain-lain | 19.01.2017 |
Salam Sejahtera Tuan/Puan, Saya ingin memohon bantuan untuk mengesahkan bahasa jawi yang betul untuk beberapa perkataan. Dimana dan bagaimanakah saya boleh mengesahkan perkataan di bawah? Kedai كداي Kedai Serbaneka كداي سربانكا Kafe كافي Stesen Minyak ستيسين ميڽق Terima kasih atas pertolongan Tuan dan Puan. Sekian. | Betulkan ejaan Serbaneka سربانيک | Lain-lain | 21.11.2017 |
Kesemua yang berikut mengandungi kata kerja pasif kecuali A Rumah Dr Hassan kecurian malam tadi. B Latihan karangan kamu sudah saya semak. C Perompak bank itu kena tembak ketika sedang melarikan diri. D Lori tangki itu terlanggar lembu ketika membelok ke arah stesen minyak. | Ayat berikut bukan ayat pasif; A. Rumah Dr Hassan kecurian malam tadi.
| Tatabahasa | 17.10.2013 |
Nama-nama syarikat minyak seperti 1. ESSO 2. PETRONAS 3. CALTEX 4. MOBILE 5. SHELL perlukah ditulis dengan huruf besar sekiranya dalam ayat. contoh: "... syarikat minyak terkemuka iaitu ESSO, PETRONAS, CALTEX, MOBILE, dan SHELL ..." mohon pencerahan.. | Nama stesen minyak merupakan kata nama khas. Ejaan yang standard bergantung pada nama yang berdaftar. | Ejaan | 23.03.2017 |
Saya ingin memohon pandangan serta semakan daripada pihak tuan berkenaan beberapa frasa berasaskan kata kerja "isi" yang ingin kami gunakan dalam komunikasi kempen kami. Kempen ini berinsipirasikan idea bahawa rutin harian boleh menjadi lebih menyenangkan apabila segalanya mengalir dengan lancar- memberi rasa puas hari apabila pengguna menemui kemudahan. PETRONAS menawarkan pelbagai bentuk kemudahan di stesen minyak yang bukan sahaja terbatas kepada isi minyak, tetapi juga memenuhi keperluan harian seperti makanan, ganjaran dan rehat. Sehubungan dengan itu, kami bercadang menggunakan permainan kata berasaskan "isi" dalam kempen ini, dalan gaya bahasa yang mudah difahami dan dekat di hari pengguna. Justeru kami ingin mendapatkan semakan serta pandangan daripada pihak DBP agar frasa yang digunakan tetap selari dengan tatabahasa dan pemahaman yang betul. Berikut ialah frasa-frasa yang ingin kami semak: - Isi Penuh - Isi Hati - Isi Tenaga - Isi Semula - Isi dan Kuku - Isi Poket - isi Semua Sekali | Pihak kami telah menyemak frasa yang diberikan dan mendapati bahawa frasa tersebut boleh digunakan. | Tatabahasa | 04.07.2025 |
Salam sejahtera, Manakah yang sesuai digunakan bagi terjemahan "Fuel stop"? a) Perhentian minyak b) Perhentian bahan api c) Lain-lain (cadangan anda). Mohon bantuan DBP. Terima kasih. | Terjemahan untuk ‘fuel stop’ boleh ‘hentian/perhentian/stesen bahan api’ atau ‘ ‘hentian/perhentian/stesen bahan api’ bergantung pada tempat yang puan maksudkan. Di Malaysia, ‘petrol station’ ialah ‘stesen minyak’ manakala kebanyakan ‘fuel’ merujuk pada bahan api. | Makna | 26.01.2015 |
BERDEKATAN | Merujuk lampiran notis yang diberi oleh pihak tuan/puan, sila buat pembetulan berdasarkan cadangan daripada pihak kami seperti yang berikut: TANAH LOT UNTUK DIJUAL (rapatkan ejaan DIJUAL) 1. DI KAWASAN BETING TINGGI. 2. BERDEKATAN DENGAN KAWASAN INDUSTRI. 3. BERDEKATAN DENGAN KAWASAN PERUMAHAN. 4. BERDEKATAN DENGAN PUSAT PENGAJIAN TINGGI UITM 5. BERDEKATAN DENGAN JARINGAN LEBUH RAYA BAHARU. 6. BERDEKATAN DENGAN KAWASAN PERKAMPUNGAN. 7. BERDEKATAN DENGAN PEKAN KUALA PILAH. 8. BERDEKATAN DENGAN KEMUDAHAN ASAS SEPERTI KLINIK KESIHATAN, BALAI RAYA, STESEN MINYAK, MASJID DAN LAIN-LAIN. 9. KELUASAN DARIPADA 5150 KPS. 10. HARGA DARIPADA RM8 PER KPS. 11. GERAN INDIVIDU 12. HARGA DARIPADA RM8 PER KPS. JIKA BERMINAT, SILA HUBUNGI:XXX Jika pihak tuan/puan ingin mendapatkan pengesahan bahasa berkenaan iklan ini, sila layari laman web www.dbpsahbahasa.my, kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan seperti di atas setelah pembetulan dilakukan. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 24.01.2018 |