Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[stil] | ستيل

Definisi : (Bio) struktur (pd bunga) yg panjang dan halus, dan pd hujungnya terdapat stigma. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[stil] | ستيل

Definisi : ist struktur yg halus dan panjang pd bunga, yg menghubungkan ovari dan stigma. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata stil


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Melalui semakan kami, tiada padanan bagi “saffron” sebagai “Kuma” tetapi terdapat padanan “kuma-kuma” dan “safron. Sebolehnya kami berhasrat untuk mengekalkan padanan “kuma”. Apakah padanan yang sebenar dan bersesuaian bagi “safron”. Saffron 329. (1) Saffron shall be the dried stigmata or top of style of flower of the plant Crocus sativus. Kuma 329. (1) Kuma hendaklah stigmata kering atau bahagian atas stil bunga tumbuhan Crocus sativusKamus Dewan Perdana (DBP, 2020) telah merakamkan safron dalam senarai entrinya. Maklumat entri ini adalah seperti yang berikut:

safron

kata nama

1 tumbuhan kecil berbunga ungu kemerah-merahan yg banyak terdapat di kawasan Barat Mediterranean, iaitu menganjur dr Sepanyol hingga KashmirIndia;
koma-koma; zafaran; kekuma; komkoma; kuma-kuma; kumkuma; kungkuma;
Crocus sativus;

benang sari drp bunga tumbuhan ini yg dikeringkan, berupa spt tembakau, dan digunakan sbg rempah, pewarna, dan perisa makanan.

Begitu juga dengan kata sinonimnya koma-koma, zafaran, kekuma, komkoma, kuma-kuma, kumkuma dan kungkuma telah dijadikan entri. Hal ini bermakna, masyarakat boleh menggunakan pilihan kata tersebut mengikut kesesuaian konteksnya.

Para pengguna juga disarankan untuk memiliki Kamus Dewan Perdana untuk memperoleh maklumat yang terkini.
Lain-lain01.07.2021

Kembali ke atas