Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata stock


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah istilah Bahasa Melayu yang tepat bagi stock taking / stock take? Contoh: Perpustakaan akan melaksanakan proses stock taking bahan setiap 5 tahun bagi mengenal pasti kewujudan bahan di rak sama seperti didalam sistem.Istilah Bahasa Melayu yang tepat bagi "stock taking / stock take"  ialah "pengiraan stok".Makna01.07.2020
Apakah istilah Bahasa Melayu bagi perkataan "stock overhang/overhanging stock" seperti yang didefinasikan dalam laman ini? http://moneyweek.com/glossary/stock-overhang/Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "stock overhang". Kami akan mengemukakan istilah ini kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah10.02.2014
concentrate the stock clear basic stockmemekatkan stok dan tulen/asli stok asas jernihLain-lain26.03.2007
Assalamualaikum. (1) Apakah frasa yang boleh digunakan untuk "back in stock"? Contoh ayat: "Back in stock requests. Collect requests and notify customers when products are back in stock." (2) Apakah "tapak" atau "laman" istilah yang betul/sesuai dalam konteks Komputer/Teknologi Maklumat? Contoh ayat: "Show your stie in search results" atau "Publish your website" (3) Apakah istilah yang sesuai/betul untuk "checkout" yang merujuk kepada pembayaran dalam talian? Contoh ayat: "Let your customers and clients pay you online at checkout." Terima kasih.(1) Cadangan terjemahan "back in stock" ialah stok kembali.
(2) Istilah laman web lebih sesuai digunakan dalam konteks yang tersebut.
(3) Cadangan terjemahan "checkout" dalam konteks yang tersebut ialah pembayaran.
Penyemakan dan penterjemahan28.10.2022
Salam Mesra, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "stock-outs"? Contoh ayat: Communication about order status, back-orders / stock-outs. Mohon bantuan DBP. Terima kasih.Berdasarkan pangkalan data DBP, dalam bidang ekonomi dan perniagaan padanan bagi ‘stock-outs’ ialah kehabisan stok.  Istilah06.05.2014
Apa terjemahan stock image?Padanan bahasa Melayu bagi istilah stock image ialah imej jualan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah13.02.2023
"Chicken stok", bolehkah ia diterjemah sebagai stok ayam? Stock juga membawa air rebusan."Chicken stock" dalam istilah bahasa Melayu ialah "air rebusan ayam"Istilah10.09.2014
Jualan Penghabisan Stok Stock Clearance Sales ????? Harga Serendah RM1Sila terjemahkan ayat "terms and coditions apply & while stock last" kepada "Tertakluk pada terma dan syarat. Sementara Stok masih ada". Untuk tujuan pengesahan iklan, hantarkan visual tersebut kepada "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain20.12.2011
Hi DBP Team, apakah terjemahan untuk "Value Stock"? Terima kasih.Padanan yang tepat untuk Value Stock ialah nilai saham; nilai stok (bidang ekonomi)Penyemakan dan penterjemahan20.06.2019
Salam sejahtera, Adakah "titik stok" boleh digunakan bagi terjemahan "stock points"? Jika tidak, boleh berikan pendapat anda? Mohon pendapat dan bantuan DBP. Terima kasih.Tidak ada maklumat tentang titik stok atau stock points dalam pangkalan data kami. Lihat pelbagai terjemahan perkataan stocks dan points mengikut bidang penggunaannya dalam http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=points dan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=stocks. Kami berpandangan dalam bidang penterjemahan, penterjemah lebih memahami dan dapat menghasilkan terjemahan yang tepat berdasarkan konteks penggunaan perkataan tersebut. Apa yang dapat kami bantu adalah dengan menyemak penggunaan sesuatu kata dari aspek binaan kata terjemahan tersebut ke dalam bahasa Melayu.Penyemakan dan penterjemahan17.02.2015
123

Kembali ke atas