Salam hormat DBP, Saya bagi pihak Tesco Stores Malaysia S/B ingin mendapatkan pengesahan bahasa yang digunakan dalam "Customer Calling Card" dan "Shopper operations Board" yang bakal digunakan oleh pihak Tesco. Visual "Customer Calling Card" dan "Shopper operations Board" dilampirkan untuk tindakan lanjut pihak DBP. Terima Kasih. | Untuk makluman, tidak ada istilah khusus "Customer Calling Card" dan "Shopper Operations Board". Istilah bahasa Melayu untuk "calling card" ialah kad nama. Istilah yang dicadangkan ialah Kad Nama Pelanggan. Istilah yang dicadangkan untuk "Shopper Operations Board" ialah Papan Operasi Pembeli-belah. Sekiranya padanan yang dicadangkan tidak sesuai, sila berikan penerangan lanjut tentang istilah tersebut. | Istilah | 01.10.2012 |
Salam sejahtera, Bolehkah "Windows registry" diterjemahkan sebagai "Pendaftaran Windows" atau "daftar Windows"? Perkataan digunakan dalam perisian(Teknologi Maklumat). Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Sumber: Windows Registry. The registry is a hierarchical database that stores low-level settings for the Microsoft Windows operating system and for applications that opt to use the registry. Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih. | Perkataan Windows registry boleh diterjemahkan kepada daftar Windows. | Penyemakan dan penterjemahan | 31.01.2018 |
Salam...terima kasih diatas bantuan yang diberikan. Namun begitu saya masih lagi keliru dengan terma 'food deserts'. Bersama-sama -sama ini saya sertakan ayat berkaitan ' People who live in food deserts often have no option but to rely on smaller stores where prices are higher and the quality and variety of fresh food is more limited' Apakah terma yang sesuai digunakan bagi menjelaskan food deserts bagi ayat di atas. Terima kasih | Untuk makluman istilah food desert tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat perkataan cultural desert yang padanan bahasa Melayunya ialah ketandusan budaya. Oleh itu, cadangan padanan bahasa Melayu untuk food desert ialah ketandusan makanan. Dalam konteks ayat yang diberikan, padanan yang dicadangkan ialah kawasan ketandusan makanan. | Istilah | 20.05.2011 |
Salam Sejahtera DBP, Saya, bagi pihak Tesco Malaysia ingin mendapatkan pengesahan Bahasa yang akan kami gunakan dalam borang-borang tertentu di stor-stor Tesco. Versi Bahasa Inggeris serta istilah-istilah Bahasa Malaysia dilampirkan di sini untuk tindakan selanjut pihak DBP. Sekian terima Kasih. Thilaga Nagappan, Pegawai Pematuhan Undang-Undang, Tesco Stores Malaysia Sdn Bhd Malaysia Sdn. Bhd. | Teks bahasa Melayu telah disemak. Sila lihat Lampiran. | Tatabahasa | 08.10.2012 |
Kami ingin mendapatkan pengesahan penggunaan perkataan “Kedai Fon” dalam papan iklan di stor kami di seluruh Malaysia. Adakah pengunaan perkataan “Kedai Fon” betul? Sekiranya salah, tolong nasihatkan penggunaan bahasa yang tepat dan betul. Nasihat pihak DBP akan digunakan untuk permohonan lesen iklan di masa yang akan datang. Sekian Terima Kasih. Thilaga Nagappan Eksekutif Pematuhan Undang-Undang Tesco Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. | Fon dalam sumber rujukan kami bermaksud alat yang dilekapkan pada sebelah atau kedua-dua belah telinga untuk mendengar lagu atau peranti yang diselitkan pada telinga untuk membantu pendengaran. Jika "Kedai Fon" yang digunakan membawa maksud fon yang dinyatakan dalam huraian tersebut, maka perkataan tersebut boleh digunakan. | Istilah | 14.06.2012 |
Salam Sejahtera DBP, Saya, bagi pihak Tesco Malaysia ingin mendapatkan pengesahan Bahasa yang akan kami gunakan dalam borang-borang yang seterusya di stor-stor Tesco. Versi Bahasa Inggeris serta istilah-istilah Bahasa Malaysia dilampirkan di sini untuk tindakan selanjut pihak DBP (24 muka surat/"sheet" dalam format excel). Sekian terima Kasih. Thilaga Nagappan, Pegawai Pematuhan Undang-Undang, Tesco Stores Malaysia Sdn Bhd Malaysia Sdn. Bhd. | Lihat Lampiran. | Tatabahasa | 22.10.2012 |
Salam Sejahtera DBP, Saya, bagi pihak Tesco Malaysia ingin mendapatkan pengesahan Bahasa yang akan kami gunakan dalam borang-borang yang seterusya di stor-stor Tesco. Versi Bahasa Inggeris serta istilah-istilah Bahasa Malaysia dilampirkan di sini untuk tindakan selanjut pihak DBP. DBP telah banyak membantu menjawab pertanyaan kami sebelum ini. Tetapi pertanyaan kami yang terakhir dijawab hanya sebahagian daripadanya. Sekian terima Kasih. Thilaga Nagappan, Pegawai Pematuhan Undang-Undang, Tesco Stores Malaysia Sdn Bhd Malaysia Sdn. Bhd. | Untuk makluman puan, Khidmat Nasihat Bahasa membuat semakan dokumen yang tidak melebihi tiga halaman. Walau bagaimanpun kami akan membantumenyemak dokumen puan dalam tempoh dua minggu dan hasil semakan akan di-e-mel kepada puan. | Tatabahasa | 30.10.2012 |