Terjemahan "Strategic Positioning", kalau mengikut DBP ialah "Peletakan Strategik". Akan tetapi, carian google menunjukkan bahawa istilah ini jarang digunakan. Terjemahan yang sering digunakan ialah "Penempatan Strategik". Soalan saya, adakah "Penempatan Strategik" juga terjemahan yang betul untuk "Strategic Positioning"? | Menurut Kamus Dewan Perdana makna penempatan ialah perbuatan atau proses menempati atau menempatkan seseorang atau sesesuatu. Maksud ini boleh juga digunakan untuk merujuk pada perkataan”peletakan” dalam frasa “peletakan strategik”. Sekiranya maksud ini bersesuaian dengan konsep dan konteks "Strategic Positioning" padanan terjemahan frasa “penempatan strategik” juga boleh digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.06.2023 |
Saya ingin bertanya mengenai perbezaan atau persamaan istilah "strategic thrust", "core strategy", "teras strategik" dan "tujahan strategik". | Berdasarkan rujukan kami, terdapat istilah strategic thrust yang dipadankan sebagai asakan strategik. Untuk maklumat istilah yang lain, sila rujuk kepada pihak yang lebih arif atau bidang yang berkaitan. | Istilah | 18.05.2022 |
Tajuk: Implementation and forward strategic planning after nanjing (Nanjing adalah tempat di mana conference dijalankan). Terjemahan yang mana lebih tepat? "Perlaksanaan dan perancangan strategik ke hadapan selepas Nanjing" atau "Perlaksanaan dan perancangan strategik selepas Nanjing di masa hadapan" | Implementation and forward strategic planning after Nanjing boleh diterjemahkan kepada "Perlaksanaan dan perancangan strategik masa hadapan selepas Nanjing" sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaannya.
| Penyemakan dan penterjemahan | 26.12.2019 |
implementation and forward strategic planning after nanjing adakah terjemahan ini betul? perlaksanaan dan perancangan strategik ke hadapan selepas nanjing atau Perlaksanaan dan perancangan strategik selepas nanjing di masa hadapan | Pihak kami memerlukan ayat yang lengkap atau konteks yang tepat untuk mencari padanan yang lebih sesuai bagi ayat tersebut. | Tatabahasa | 18.12.2019 |
selamat sejahtera, saya mohon bantuan tuan menterjemahkan perkataan berikut: 1. antecedent factor 2. moderating variable 3. mediating variable 4. stakeholder theory 5. strategic capabilities terima kasih | 1. antecedent factor - faktor sebelumnya/faktor luar jangka/faktor antesedan 2. moderating variable - pemboleh ubah sederhana 3. mediating variable - pemboleh ubah perantaraan 4. stakeholder theory - teori pelbagai kepentingan 5. strategic capabilities - kemampuan strategi Untuk makluman, istilah nombor 1. dan 2. ialah cadangan pihak kami kerana belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk kedua-dua istilah tersebut. | Istilah | 21.02.2013 |
Organisasi baru sahaja undergo major restructuring and we need the translation for Management Associate and Strategic Affiliate department. bolehkah Tuan/Puan membantu kami? tq | Jawapan telah diberikan melalui panggilan telefon. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.09.2022 |
Tuan/Puan, Saya ingin meminta pengesahan daripada pihak DBP. Adakah terjemahan tepat untuk "Executive Vice President, Group Strategic Communications" ke dalam Bahasa Melayu adalah "Naib Presiden Eksekutif, Kumpulan Komunikasi Strategik" Jawapan cepat anda amat dihargai Sekian Terima kasih Yang benar, Umar | Terjemahan tersebut adalah tepat. | Lain-lain | 10.11.2021 |
Berdasarkan definisi "technology foresight" di bawah, apakah terjemahan yang sesuai bagi "Technology Foresight"? "Technology Foresight is a process for bringing together scientists, engineers, industrialists, Government officials and others to identify areas of strategic research and the emerging technologies likely to yield the greatest economic and social benefit." | Istilah technology Foresight masih belum ada dalam pangkalan data kami, berdasarkan penerangan yang diberikan, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Teknologi Masa Depan | Makna | 17.06.2019 |
Apakah terjemahan bagi "chemical specialty"? Bolehkah saya menterjemahkannya sebagai 'kimia terkhusus'? Apakah pula terjemahan bagi "excludable" dan "excludable goods"? Adakah terjemahan berikut sesuai untuk setiap frasa berikut: utility lever : tuil penggerak nilai kebergunaan noncustomers : golongan bukan pelanggan price corridor for the mass : koridor harga untuk orang ramai strategic pricing : penentuan harga strategik target costing : penentuan kos sasaran professional lighting industry : industri pencahayaan profesional | Cadangan terjemahan bagi istilah "chemical speciality" ialah "pengkhususan dalam bidang kimia" atau "kimia khusus" bergantung pada konteks dan situasi. Cadangan terjemahan bagi "excludable" ialah "boleh kecuali" dan "excludable goods" ialah "barangan yang boleh dikecualikan". Walau bagaimanapun terjemahan ini hendaklah mengikut konteks dan situasi. Bagi soalan berikutnya, sila susun dan senaraikan dengan betul untuk memudahkan pihak kami menjawabnya. | Istilah | 11.12.2009 |
Mohon pandangan berkaitan terjemahan yang telah saya buat, adakah ia menepati dalam konteks pendidikan. 5 ISTE STANDARD FOR EDUCATION LEADER (5 Standard ISTE untuk Pemimpin Pendidikan) 1. Equity and Citizenship Advocate = sokongan ekuiti dan warga digital Leaders use technology to increase equity, inclusion, and digital citizenship practices. 2. Visionary Planner = perancang berwawasan Leaders engage others in establishing a vision, strategic plan and ongoing evaluation cycle for transforming learning with technology. 3. Empowering Leader = kepimpinan memperkasa Leaders create a culture where teachers and learners are empowered to use technology in innovative ways to enrich teaching and learning. 4. Systems Designer = merekabentuk sistem penambahbaikan Leaders build teams and systems to implement, sustain and continually improve the use of technology to support learning. 5. Connected Learner = model pembelajaran Leaders model and promote continuous professional learning for themselves and others | Kami mencadangkan padanan terjemahan seperti berikut: 1. Equity and Citizenship Advocate = Penyokong Ekuiti dan Kewarganegaraan atau Pendukung Keadilan Kerakyatan 2. Visionary Planner = Perancang Berwawasan 3. Empowering Leader = Pemimpin Pemerkasaan 4. Systems Designer = Pereka Bentuk Sistem 5. Connected Learner = Pelajar Terhubung atau Pelajar Berkait/Terkait Semua padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 04.06.2021 |