Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata strategies


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
assalamualaikum/salam sejahtera. Saya ada kemusykilan berkaitan istilah "teacherpreneur" dalam bahasa Malaysia. "teacherpreneur" dirujuk sebagai: "teacher leader of proven accomplishment possessing a deep knowledge of how to teach, a clear understanding of what strategies must be in play to keep schools highly successful, and the skills and commitment necessary to spread their expertise to others".Untuk makluman, istilah "teacherpreneur" belum ada dalam pangkalan data kami. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah06.07.2013
Mohon khidmat nasihat bagi terjemahan perkataan "double burden of malnutrition" dan "settings" dalam bahasa Malaysia yang akan digunakan dalam dasar kebangsaan. Saya sertakan definisi dan penggunaan dalam ayat bagi membantu tuan/puan memahami konteks ayat seperti di lampiran. Sekian, terima kasih.1. Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud "malnutrition" ialah pemakanan tak seimbang. Manakala merujuk daripada bidang perubatan, veterinar, dan sosiologi bermaksud malnutrisi atau malpemakanan daripada bidang gerontologi dan pentadbiran perniagaan. Bagi maksud  "double burden" pula ialah beban berganda. Maka cadangan terjemahan yang sesuai bagi "double burden of malnutrition" ialah beban berganda malpemakanan atau beban berganda malnutrisi.

2. Cadangan terjemahan bagi maksud"settings" yang diberikan mengikut konteks ayat yang diberikan, iaitu “Establishing and implementing innovative and effective prevention, intervention and rehabilitation strategies and programmes to address the double burden of malnutrition at various settings and levels.” ialah “Membangun dan melaksanakan strategi dan program pencegahan, intervensi dan pemulihan pemakanan yang inovatif dan berkesan bagi menangani masalah beban berganda malnutrisi pada peringkat dan penetapan yang pelbagai.”
Makna07.12.2020

Kembali ke atas