Apakah istilah bahasa Melayu yang sesuai digunakan untuk "video streaming", "audio streaming" dan yang sewaktu dengannya? | video streaming - penstriman video audio streaming - penstriman audio | Istilah | 09.07.2011 |
contoh ayat: 1) TV1 boleh ditonton secara dalam talian di www.rtm.gov.my/tv1 2) TV1 boleh ditonton menerusi mobile di www.rtm.gov.my Soalan: Adakah ayat ini boleh digunakan? Tonton 'live streaming TV1 di www.rtm.gov.my Soalan : bolehkah perkataan 'live streaming' digunakan? Saya vuba cari perkataan lain yg boleh menggantikan 'live streaming'. Tapi buntu. Harap dapat bantu. Terima kasih | 1. TV1 boleh ditonton secara dalam talian di www.rtm.gov.my/tv1. (betul) 2. TV1 boleh ditonton menerusi mobile di www.rtm.gov.my. TV1 boleh ditonton menerusi peranti mudah alih di www.rtm.gov.my. 3. Padanan untuk live streaming ialah penstriman langsung. | Tatabahasa | 17.01.2013 |