| Salam Sejahtera Saya ingin tahu pengunaan kata sendi "untuk", "bagi" dan "demi" dengan tepat. Walaupun saya sudah merujuki Tatabahasa Dewan tetapi masih kekeliruan. Tarima kasih. | Kata sendi nama untuk dan <strike>bagi strike>sama penggunaannya dan fungsinya untuk menunjukkan kegunaan untuk semua, seperti dalam ayat; Kereta itu untuk/bagi kegunaan pejabat sahaja. Walau bagaimanapun untuk menyatakan maksud bahagian yang dikhususkan kata sendi nama untuk sahaja digunakan, seperti contoh ayat; Hadiah itu untukmu. Manakala kata sendi nama demi bermaksud tujuan, seperti contoh ayat; Rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi kestabilan negara. | Tatabahasa | 19.08.2009 |
| Apakah padanan yang sesuai untuk "apex predator" untuk ayat contoh di bawah: A sudden strike turns a location scout into a race against death and a personal trainer becomes the victim of an apex predator stalking the trails. Menurut Kamus Bahasa Inggeris, definisi yang diberikan ialah: n 1. highest point, peak, puncak, mercu, kemuncak; (tech) mercu, puncak: the ~ of a mountain,puncak gunung; the ~ of a triangle,mercu segi tiga; 2. pointed end, apeks; (of tongue, leaf) apeks, hujung: the ~ of the lung, apeks paru-paru; the ~ of the heart, apeks jantung; the ~ of the tongue, hujung lidah; 3. end, edge, crest of mineral vein, apeks; 4. climax, mercu, puncak: he was at the ~ of his career, dia berada di puncak kerjayanya. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan) Berdasarkan definisi di atas, mengikut pemahaman saya, "apex predator" merujuk kepada pemangsa yang berada di puncak piramid makanan. Mohon bantuan pihak Tuan/Puan untuk memberikan padanan yang sesuai mengikut konteks ayat contoh yang diberikan di atas. Terima kasih. | Kami mencadangkan "apex predator" diterjemahkan sebagai "pemangsa puncak". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 18.06.2022 |
| Tuan/Puan, 1. Apakah perkataan yang sesuai bagi perkataan english "Pre-Emptive" mengikut bidang ketenteraan. Sebagai contoh ayat seperti berikut: "The prime minister authorized a pre-emptive air strike against the rebels" 2. Apakah perkataan yang sesuai bagi perkataan english "Stand-off/Standoff" mengikut bidang ketenteraan. Sebagai contoh ayat seperti berikut: "Standoff-based precision firepower" Terima Kasih | Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dinyatakan dalam bidang ketenteraan: 1. pre-emptive: terlebih dahulu 2. standoff: jarak tempuh Semua padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laaras bahasa. | Makna | 03.08.2021 |
| 1. Saya ingin mengetahui sama ada wujud terjemahan bagi teknik dan istilah dalam bidang sukan yang berkaitan dengan seni beladiri. Contohnya: knife-hand block, break-falls, back kick, side thrust-kick, rear-choke hold, palm-heel strike dan beberapa istilah lain. Adakah saya perlu mengekalkan istilah tersebut atau menukarnya mengikut kesesuaian? 2. Apakah terjemahan yang paling tepat untuk frasa 'Martial Arts for People with Disabilities'? Adakah' Seni Mempertahankan diri bagi golongan hilang upaya' atau 'Seni beladiri bagi golongan hilang upaya'? Terima kasih | 1. Cadangan bagi istilah yang berkenaan ialah "back kick - tendang balas". Namun begitu, bagi istilah lain yang dinyatakan, Saudara boleh mengeja secara garis miring. 2. Cadangan terjemahan bagi 'Martial Arts for People with Disabilities' ialah ? "Seni Mempertahankan Diri bagi Orang Kurang Upaya". | Penyemakan dan penterjemahan | 30.10.2015 |