Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata strip


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah istilah terbaik untuk " strip mall" tiada dalam carian kata.Sila berikan konteks penggunaan frasa ‘strip mall’ atau contoh ayat yang menggunakan frasa tersebut.Istilah23.09.2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bolehkah saya menterjemahkan "strip mall" sebagai "medan jalur" memandangkan "shopping mall" diterjemahkan oleh DBP sebagai "medan beli - belah" dan "strip" sebagai "jalur". Terima kasih didahulukan.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah medan beli-belah sebaris.Istilah15.07.2016
Assalamualaikum & salam takzim. 1. Apakah padanan paling sesuai untuk Gaza "Strip"? Mengapa Kamus Dewan menggunakan padanan "Semenanjung" Gaza sedangkan Gaza dengan jelas bukan sebuah semenanjung seperti jirannya, Sinai? 2. Ejaan "faksimili" pada laman daftar Khidmat Nasihat DBP menimbulkan tanda tanya. Saya pernah diberitahu bahawa ejaan yang betul ialah "faksimile"? Yang mana satu betul? Terima kasih.1. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, padanan bahasa Melayu untuk "Gaza Strip" ialah Semenanjung Gaza.  Penamaan tempat atau kawasan merupakan nama khas yang telah ditetapkan dan tidak boleh dipinda.

2. Ejaan yang betul ialah faksimile.
Ejaan16.04.2012
Assalamualaiku. Saya ingin bertanya apakah nama mesin untuk periksa gula dan nama strip yang digunakan. Kalau dalam bahasa Inggeris dipanggil glucometer test machine. Saya sertakan gambar untuk lebih jelas. Terima kasih.Mesin Ujian GlukosaMakna19.06.2020

Kembali ke atas