apakah yang dimaksudkan aspek struktur dalam sesebuah sajak | Secara umum, aspek struktur dalam sesebuah sajak boleh dilihat dari dua sudut, iaitu struktur fizik dan struktur dalaman. Struktur fizikal ialah bentuk yang digunakan oleh seseorang penyair seperti baris, rangkap dan sebagainya. Manakala struktur dalaman pula boleh dilihat dari segi makna puisi tersebut. Sila rujuk buku-buku berkaitan dengan analisis puisi. | Lain-lain | 01.03.2009 |
Apakah maksud 'ayat transformasi'? Sila berikan contoh ayat. | Teori tatabahasa transformasi -generatif mengandaikan adanya dua peringkat struktur ayat, iaitu peringkat struktur dalaman dan struktur permukaan. Kedua-dua peringkat struktur ini diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa. Pertama jenis rumus struktur frasa yang menerbitkan ayat-ayat pada peringkat dalaman dan jenis kedua dikenali sebagai rumus transformasi yang berfungsi menukarkan pola atau struktur bayat hingga membawa kepada peringkat struktur permukaan. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. | Tatabahasa | 17.09.2008 |
Apakah maksud Kaedah tatabahasa Transformasi Generatif? | Teori tatabahasa transformasi -generatif mengandaikan adanya dua peringkat struktur ayat, iaitu peringkat struktur dalaman dan struktur permukaan. Kedua-dua peringkat struktur ini diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa. Pertama jenis rumus struktur frasa yang menerbitkan ayat-ayat pada peringkat dalaman dan jenis kedua dikenali sebagai rumus transformasi yang berfungsi menukarkan pola atau struktur bayat hingga membawa kepada peringkat struktur permukaan. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 19, halaman 531. | Tatabahasa | 16.02.2009 |
SAYA INGIN MENGETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT TENTANG APA YANG DIKATAKAN SEBAGAI AYAT TRANSFORMASI, KONSEP AYAT TRANSFORMASI SATU DASAR BERSERTA DENGAN CONTOH AYATNYA SEKALI. TERIMA KASIH. | Teori tatabahasa transformasi -generatif mengandaikan adanya dua peringkat struktur ayat, iaitu peringkat struktur dalaman dan struktur permukaan. Kedua-dua peringkat struktur ini diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa. Pertama jenis rumus struktur frasa yang menerbitkan ayat-ayat pada peringkat dalaman dan jenis kedua dikenali sebagai rumus transformasi yang berfungsi menukarkan pola atau struktur bayat hingga membawa kepada peringkat struktur permukaan. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 531. | Tatabahasa | 25.03.2008 |
Mohon penjelasan. Apakah perbezaan antara struktur masyarakat dan struktur sosial? Terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan “struktur” bermaksud pola sesuatu (organisasi, masyarakat, dan sebagainya) yang terbentuk atau tersusun daripada pelbagai unsur yang mempunyai hubung kait antara satu dengan lain. Manakala perkataan “masyarakat” membawa maksud kumpulan manusia yang hidup bersama (di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu). Perkataan “sosial” pula didefinisikan sebagai segala hal yang berkaitan dengan masyarakat (kemasyarakatan). Berdasarkan keterangan makna tersebut, “struktur masyarakat” bolehlah didefinisikan sebagai pola kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu yang berkaitan antara satu dengan lain. “Struktur sosial” merupakan sebuah hubungan antara individu dengan orang lain (masyarakat) untuk membentuk sebuah norma, nilai, atau peraturan yang ada di dalam suatu masyarakat demi kepentingan bersama. Untuk kajian yang lebih lanjut, saudara boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mengunjungi mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk membuat kajian. | Makna | 21.03.2020 |
Mohon nasihat nama yang sesuai untuk dipanggil struktur tersebut. Lokasi struktur tersebut - Ikonik FRIM di pintu masuk FRIM Kepong - Ikonik Panda di hadapan pindu masuk Pusat Konservertiori Panda | Kami berpendapat bahawa pengguna 'Ikonik Panda' dan 'Ikonik FRIM' tidak sesuai digunakan bagi merujuk kepada struktur tiang yang tersebut. seperti yang puan sedia maklum, 'ikonik' bermaksud mempunyai sifat menyerupai sesuatu ikon (gambar, lukisan, imej gambaran) memang tiada kena mengena dengan struktur yang didirikan. Sejenis tiang besar dan tinggi yang dibina daripada batu, bata marmar, dll; jika puan ingin nama yang lebih panjang, 'tunggu peringatan' juga boleh digunakan. | Tatabahasa | 07.05.2014 |
struktur ayat yang mana yang betul : 1) kemana-mana sungai, tasik dan laut atau 2) ke mana-mana sungai, tasik dan laut. | Frasa yang betul ialah ke mana-mana sungai, tasik dan laut. | Tatabahasa | 20.03.2013 |
Apakah beza antara STRUKTUR pekerjaan dan BIDANG pekerjaan? | Tidak ada maksud bagi frasa yang tersebut. Ap yang dapat kami bantu ialah memberikan makna perkataan struktur dan bidang. Struktur bermaksud sesuatu yang dibina atau dibentuk. Bidang pula bermaksud kegiatan yang diceburi. | Makna | 09.10.2015 |
1. struktur KKT 2. Struktur ayat yang menggunakan imbuhan ber...-kan dan imbuhan ber...an | 1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya, contohnya: Saya telah menjawab surat itu. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 147. 2. Apitan beR-...-kan membentuk kata kerja transitif yang memerlukan pelengkap, seperti: Pak Kadok berbajukan kertas. Untuk maklumat lanjut begitu juga maklumat apitan beR-...-an, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 199. | Tatabahasa | 20.01.2011 |
salam sejahtera tuan. Saya perlukan kepastian tentang struktur bahasa berikut: (PENGAMBILAN JANUARI KINI DI BUKA) Adakah struktur ayat berikut betul/salah. Kalau ada kesilapan, bagaimanakah struktur ayat yang sepatutnnya dengan makna yang sama. | Ayat yang betul ialah 'Pengambilan pelajar bulan Januari kini dibuka'. | Tatabahasa | 09.01.2011 |