Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[stu.di] | ستودي

Definisi : kajian, pelajaran: otakku sudah terlalu penuh dgn soal-soal politik, sehingga tidak mungkin memusatkan perhatian pd ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata studi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin bertanya tentang perkataan study (belajar) yang dimelayukan adakah studi. perkataan ini saya tonton di saluran astro tutor untuk peperiksaan -- program misi studi upsr, spm, PT3. dewasa ini banyak kekeliruan bahasa berlaku. dah jadi macam indonesia

Perkataan studi terakam dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Untuk makluman puan, Kamus Dewan berfungsi merakam perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. Itulah antara justifikasi sesuatu perkataan itu dimasukkan sebagai entri dalam Kamus. Semua perkataan yang dimasukkan dalam Kamus Dewan tidak semestinya diterima sebagai baku dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi.
Kami ambil maklum pandangan puan terhadap kekeliruan penggunaan bahasa Melayu dan bersama-samalah kita berusaha mempopularkan kata asli Melayu yang telah mengungkapkan makna yang terkandung dalam perkataan tersebut.

Tatabahasa30.06.2019
dalam penulisan karangan untuk sekolah, bolehkah digunakan perkataan yang yang di "si" atau "di" kan. contoh studi = belajar, kesimpulan= konklusi, tempoh= durasi, pengguna=konsumer dan lain. BM dah jadi bahasa Indonesia dan bahasa rojak. amat mengelirukanPengguna perlu menggunakan bahasa Melayu jika perkataan tersebut mempunyai terjemahan atau padanannya dalam bahasa Melayu. Lain-lain02.01.2020

Kembali ke atas