penggunaaan perkataan studio pada iklan. contohnya studio perabot. | Perkataan studio sudahpun digunakan dalam bidang pengiklanan.Tetapi penggunaan perkataan studio untuk perabot adalah tidak sesuai, jadi dicadangkan kedai perabot. Makna ialah 1. bilik tempat pelukis, pengukir, jurugambar, dsb bekerja; 2. bilik yg dilengkapi pelbagai peralatan utk siaran program radio atau televisyen, atau rakaman piring hitam; 3. bangunan yg digunakan oleh sesebuah syarikat penerbitan sbg tempat pembuatan filem. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 01.11.2006 |
studio mini atau mini studio | Istilah yang betul ialah studio mini. | Istilah | 29.04.2013 |
Salam, mohon pandangan..adakah frasa 'STUDIO DANDANAN RAMBUT DAN AKADEMIK' boleh digunapakai untuk papan iklan...? Jika tidak mohon cadangan dari pihak tuan....TK | Cadangan kami ditulis: Akademik dan Studio Dandanan Rambut | Lain-lain | 14.11.2011 |
want check this word for signboard.. FLX studio photography, photography, videography, fabulous makeup artistry, talent agency, flx magazine, t-shirt printing, boutique, event management dimiliki oleh Fabulous Soul Production | 1. studio fotografi FLX 2. fotografi 3. videografi 4. seni persolekan hebat 5. majalah flx 6. pencetakan kemeja-T 7. butik 8. pengurusan acara | Istilah | 06.04.2012 |
Kami ingin menubuhkan sebuah pusat tuisyen menggunakkan nama tersebut "Pusat Tuisyen Linguistik Dinamik" dan "Pusat Tuisyen Studio Linguistik." Dalam garis panduan penubuhan di nyatakan bahawa kita mesti mengguna Bahasa Kebangsaan semata-matanya. Sila beri maklum balas jikalau nama tersebut menepati syarat tersebut. Sekian, terima kasih. | Sekiranya pusat tuisyen ini mengajar perkara berkaitan bahasa, nama Pusat Tuisyen Linguistik Dinamik boleh digunakan. Nama "Pusat Tuisyen Studio Linguistik" tidak boleh digunakan kerana perkataan "Studio" tidak sesuai digunakan dalam konteks ini dan tidak mempunyai maksud yang jelas. | Lain-lain | 04.09.2013 |
Saya sedang mencari nama yang sesuai untuk penjenamaan semula bilik-bilik khas di sekolah saya. Contohnya untuk perpustakaan, makmal bahasa dan studio seni. saya agak teruja apabila mendengar perkataan gapura. adakah ia sesuai. contoh penggunaannya - gapura ilmu untuk perpustakaann, gapura linguistik untuk makmal bahasa dan gapura artistik untuk studio seni. Adakah ia sesuai? terima kasih. | Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan gapura sebagai pintu gerbang (istana, kuil, dll); ~ ilmu ki institusi, pertubuhan, dll yg berjuang membina dan mengembangkan ilmu: ilmu sastera berkembang bukan sahaja dr ~ ilmu malah melalui gagasan persendirian. Berdasarkan takrifan tersebut, istilah gapura tidak sesuai untuk penamaan sebuah bilik. | Istilah | 01.04.2010 |
Kami ingin menubuhkan sebuah pusat tuisyen menggunakkan nama tersebut "Pusat Tuisyen Studio Dinamik." Dalam garis panduan penubuhan di nyatakan bahawa kita mesti mengguna Bahasa Kebangsaan semata-matanya. Sila beri maklum balas jikalau nama tersebut menepati syarat tersebut. Sekian, terima kasih. | Nama yang dicadangkan adalah betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 21.08.2013 |
definisi lokasi | Lokasi boleh memberi dua makna, 1. tempat di luar studio utk membuat penggambaraan; 2. letak atau kedudukan. | Makna | 26.06.2009 |