| Salam, apakah terjemahan untuk perkataan "stun gun" dan "stun belt". Terima kasih. | Untuk makluman puan, istiah stun gun dan stun belt tiada dalam data kami. Walau bagaimanapun, cadangan kami untuk istilah stun gun ialah pistol pegun manakala stunt belt ialah tali pinggang pegun. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.10.2014 |
| Salam, Saudara, bolehkah perkataan "memengsankan" digunakan dalam ayat. Contohnya, "Jerung ekor panjang melibaskan ekor menerusi air untuk memukul dan memengsankan ikan yang lebih kecil". Untuk pengetahuan saudara, ayat tersebut saya terjemahkan daripada ayat Inggeris berikut, "The thresher swipes its tail through the water to slap and stun smaller fish." Terima kasih. | Kata terbitan memengsankan tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Namun begitu tidaklah bermakna kata ini tidak boleh dibentuk, asal sahaja sesuai dengan konteks makna yang digunakan. | Tatabahasa | 14.03.2013 |