Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sua] | سوا

Definisi : ; pagar ~ pagar yg menyekat dua ekor kerbau yg akan diadu; bersua 1. datang saling mendekati, saling berdekat-dekatan: itulah pertama kalinya mereka ~; 2. = tersua bertemu, berjumpa, terjerempak, terserempak: dlm perjalanan itu, ia ~ dgn seekor harimau; apabila ~ dgn masalah-masalah agama; 3. bertemu (dgn barang yg dicari dll): puas ia mencari tetapi tidak ~; 4. = tersua boleh didapati, terdapat, ada: tembakaunya tembakau cap ayam, daunnya, daun tarusan, jarang ~ di kampung kita yg serupa ini; 5. = tersua berlaku atau terjadi, termakbul (permintaan dll), tepat (ramalan, telahan); ~ alurnya ki sesuai benar, cocok, padan; menyua 1. mempersemukakan (ayam yg akan dilagakan); 2. memberi sesuatu kpd, mengunjuk: dia ~ bakul yg berisi udang kpd Bedah; 3. menghulur (tangan); 4. menemui, menjumpai: apa yg disua itu ialah sesuatu yg luar biasa baginya; menyuakan 1. menyogokkan, memberi­kan, menyodorkan: Karim ~ sepiring kuih; 2. menghulurkan (tangan dll); mempersuakan menjadikan bersua (ber­temu, berjumpa), mempertemukan, me­nyemukakan: apalagi sekarang bulan tabut, tiap-tiap orang bebas keluar, jadi di tabut kita persuakan; tersua bertemu dgn, terjumpa; persuaan pertemuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sua] | سوا

Definisi : ; bulu ~ bulu di leher ayam; ®suak I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sua] | سوا

Definisi : ; bersua 1 datang saling mendekati; bertemu muka: Itulah pertama kali saya ~ dgn dia. 2 bertemu dgn sesuatu (apa-apa yg dicari dll); berjumpa dgn tidak disangka-sangka: Jika ~ dgn penjajah itu, bunuhlah dia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sua] | سوا

Definisi : ; menyua menghadapkan (ayam yg akan diadu). menyuakan memberikan sesuatu dgn meng­hulurkannya; me­ngunjukkan: Ibu ~ hidangan kpd te­tamu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sua
Kata Terbitan : bersua, menyuakan, mempersuakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Terima kasih atas penjelasan terdahulu. Saya rujuk:'menyarankan' adalah kata kerja yang bermaksud mengemukakan se­sua­tu pen­dapat; memberi saran; atau memberi usul. Bagaimana dengan 'sarankan'? Penggunaannya dalam laman web atau bahasa sehari-hari dilihat sbg kata kerja. Adakah 'sarankan' kependekkan tidak formal untuk kata kerja 'menyarankan' (lebih formal)? Adakah 'sarankan' sebenarnya 'menyarankan' dan hanya sesuai digunakan dalam bahasa perbualan dan situasi2 tidak formal? Maklumat untuk 'sarankan' tidak terdapat dalam Kamus Dewan. Terima kasih.

Sdr. Jeanet,

Maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk memberikan jawapan kerana saya terpaksa merujuk beberapa buah kamus sebelum saya menjawab soalan ini. Memang tidak terdapat perkataan sarankan dalam kamus dan saya bersetuju sarankan ada ketikanya digunakan bagi maksud menyarankan.

Tatabahasa26.04.2010
saya ada beberapa perkataan yang ingin tanya tentang suku katanya. ialah, main, suatu, tuan, siapa, akhir, kesian, tiada, dia, setiap, keluar, semua, ria, kemudian, buah. minta reply asap. tq.Main, sua - tu, tuan, sia-pa, a-khir. Untuk menyemak sebutan dan suku kata, sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan - Jawi.Lain-lain07.05.2010
saya ingin bertanya tentang pemenggalan suku kata bagi perkataan-perkataan berikut: 1. INGIN. Adakah i/ngin ATAU in/gin? 2. DENGAN. den/gan ATAU de/ngan? 3. PERTANDINGAN. per/tan/din/gan ATAU per/tan/ding/an? 4. PERANGAI. pe/ran/gai ATAU pe/ra/ngai? 5. SANGAT. san/gat ATAU sa/ngat? 6. TERINGAT. ter/in/gat ATAU ter/i/ngat? 7. MENGIRA. men/gi/ra ATAU me/ngi/ra? 8. SUATU. su/a/tu ATAU sua/tu? 9. SEMUA. se/mua ATAU se/mu/a? 10. MENAIKI. me/na/ik/i ATAU me/naik/i ATAU me/nai/ki? 11.PAK CIK GOBI. pak/cik/gobi ATAU pak cik/gobi?

Pemenggalan perkataan berdasarkan sebutan.

1. INGIN.  i/ngin

2. DENGAN. de/ngan?

3. PERTANDINGAN. per/tan/di/ngan

 4. PERANGAI. pe/ra/ngai

5. SANGAT. sa/ngat?

6. TERINGAT. te/ri/ngat,  ter/i/ngat

7. MENGIRA. me/ngi/ra

 8. SUATU. sua/tu?

 9. SEMUA. se/mua

10. MENAIKI. me/nai/ki,  me/nai?/ki 

11.PAK CIK GOBI. pak/cik/gobi 

Buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi  Edisi Kedua boleh dijadikan sumber rujukan.

Tatabahasa27.04.2010
Salam sejahtera, 1. Apakah golongan kata bagi perkataan 'saran'? (Kamus Dewan (ed.4) tidak menunjukkan maklumat ini). 2. Antara definisi KD utk 'saran' (I) ialah 'cadangan' atau 'pendapat'. Saya andaikan definisi tersebut sama spt dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) utk 'saran' yg KBBI kategorikan sbg kata nama. Mohon klarifikasi dari pihak DBP sekiranya penggunaan 'saran' sebagai kata kerja dlm akhbar [contoh: 'TPM saran pelajar teroka bidang baru utk cipta kejayaan' (Utusan, 19/3/2010) atau 'Isteri PM saran ambil iktibar negara bergolak' (Utusan, 22/3/2010)] salah, betul, atau dibenarkan sbg kata kerja untuk tajuk berita. Sekiranya penggunaan 'saran' (dan bukan 'menyarankan') sbg kata kerja semakin popular, mungkin BM dapat menerima evolusi bahasa tersebut? Terima kasih.Saran ialah kata nama bermaksud pendapat yang dikemukakan untuk dipertimbangkan atau usul. Perkataan menyarankan pula menjadi kata kerja yang bermaksud  mengemukakan se­sua­tu pen­dapat; memberi saran; atau memberi usul. Ada kata kerja yang tidak memerlukan imbuhan seperti makan, minum dan tidur. Walau bagaimanapun dalam konteks ayat perkataan saran digunakan untuk laras bahasa akhbar sahaja tetapi penggunaan yang betul dari segi tatabahasa adalah dengan meletakkan imbuhan menjadi menyarankan.Tatabahasa22.04.2010

Kembali ke atas