Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; tali ~ tali penarik dr puncak tiang ke hujung haluan (pd kapal layar); lampu ~ Br lampu pd puncak tiang kapal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata suai II


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat berikut yang manakah betul. I Kalau ada mada yang lega saya ingin berkunjung ke rumahnya. II Hamdan berasa lega setelah selesai menduduki UPSR. III Dapur rumah saya lega kerana baru di sambung. I Surihani lebih tinggi daripada Shafiqah. II Kita jangan sekali menghina orang yang miskin. III Kehijauan pepohon itu menyegarkan pandangan.

Semua ayat dikemukakan betul kecuali dua yang telah dibetulkan seperti yang berikut:

I Kalau ada masa yang lega saya ingin berkunjung ke rumahnya.
III Dapur rumah saya lega kerana baharu diubah suai.
II Kita jangan sekali-kali menghina orang yang miskin. 
 
Sila rujuk Kamus Dewan, Edisi Ketiga, DBP untuk makna setiap perkataan.

Tatabahasa15.07.2014
As salam, saya sedang membuat penulisan tesis. Terdapat term statistik yang saya tidak pasti terjemahannya dalam Bahasa Melayu iaitu: Autoregressive Distributed Lag (ARDL) Co-Integration Framework Mohon bantuan. Terima kasih.Berikut ialah terjemahan bagi perkataan-perkataan di atas:

i. autoregressive: autoregresif
ii. distributed: teragih
iii. lag: susulan
iv. co-integration: saling menggabung
v. framework: rangka kerja

Cadangan kami sekiranya bersesuaian dengan konsep penulisan tuan, Rangka kerja saling menggabung susulan autiregresif teragih. Walau bagaimanapun, susunan perkataan ini boleh diubah suai mengikut makna yang betul dan mengikut konteks penulisan tuan.
Penyemakan dan penterjemahan22.09.2020

Kembali ke atas