Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sua.ka] | سواک

Definisi : sl tempat berlindung atau menumpang (hidup); ~ politik (Udg) perlindungan drpd tekanan politik atau kezaliman yg diberikan oleh sesebuah negara kpd rakyat asing yg lari dr negaranya; bersuaka berlindung (menumpang) hidup pd: jika demikian, baik aku ~ pd Bendahara Seri Buana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sua.ka] | سواک

Definisi : tempat berlindung atau tempat menumpang hidup. ~ politik hak utk tinggal atau berlindung di sesebuah negara asing, yg diberikan kpd se­seorang yg terpaksa melarikan diri dr negaranya sendiri kerana sebab-sebab politik. bersuaka memohon menumpang hidup atau berlindung pd: Sbg orang ~ dan sudah mendapat perlindungan drpd Raja itu, beliau akan memihak kpd Raja tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata suaka


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya, adakah istilah Indonesia seperti Areal Penggunaan Lain (APL), Kawasan Suaka Alam, Suaka Margasatwa, Kementerian Lingkungan Hidup dan Kehutanan perlu dicondongkan jika dimasukkan dalam teks Bahasa Melayu?

Menurut Gaya Dewan Edisi Keempat, huruf condong digunakan bagi perkataan bahasa asing yang terdapat dalam teks bahasa Melayu termasuklah perkataan/istilah seperti contoh yang diberikan. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 153 untuk keterangan lanjut.

Tatabahasa04.11.2025

Kembali ke atas